Selasa, 18 Oktober 2011

MENANG 2-0

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

pagi tadi, the red devils telah meraih 3 mata penting ketika berkunjung ke romania dan telah mengalahkan pasukan tuan rumah, Otelul galatil dengan jaringan 2-0 yang diperolehi hasil dua sepakan penalti. penalti tersebut disempurnakan dengan baik oleh ronney..

itulah yang telah dibuktikan oleh ronney. dia adalah seorang penyerang yang amat berbisa dan dia beraksi dengan baik bersama nani dan chicarito. jadi, pada pendapat saya, elok jika sir alex mencuba pasangan penyerang ini ketika saingan liga perdana inggeris nanti.

selain itu, m.u kukuh dibenteng pertahanan apabila anderson diletakkan sebagai stopper tetapi m.u terpaksa bermain dengan 10 orang apabila vidic dilayangkan kad merah pada minit ke-66 kerana mengasari pemain lawan.

tiga mata yang diperolehi amat penting bagi menghadapi liga juara uefa yang dilihat agak sengit. dengan kemenangan itu, m.u berada di tangga kedua kumpulan c dengan 5 mata, 2 mata di bawah benfica yang mengalahkan basel juga dengan jaringan yang sama.

tahun ini, kita kena pastikan pasukan the red devils akan berjaya melangkah ke final ucl dan membawa pulang piala tersebut ke old trafford.

Ahad, 16 Oktober 2011

JATUH TANGGA KEDUA LIGA PERDANA INGGERIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

semalam m.u dan liverpool bertembung untuk perlawanan ke-8 liga perdana inggeris di anfield dan keputusan yang dicatatkan hanya lah seri 1-1.

saya malas nak cerita tentang perjalanan perlawanan kerana game main awal jadi mungkin ramai yang dapat tengok. saya cuma nak ulas apa yang tak puas hati. walaupun ketidakpuasan hati saya ini tak memberi makna kepada manchester united tapi saya ingin berkongsi pendapat tentang perlawanan tersebut.

separuh masa pertama bagi saya, liverpool lebih menguasai perlawanan kerana banyak serangan dilakukan oleh penyerang the reds dan mereka juga menguasai bahagian tengah. bahagian tengah m.u kelihatan kurang kesefahaman dan tidak mampu untuk membuat hantaran yang dapat menghasilkan gol. bola juga kerap hilang di bahagian tengah.

park kurang menjadi pada malam itu. dia banyak melakukan kesilapan dan banyak juga kehilangan bola. dia juga kurang membuat crossing ke dalam kotak panelti. pada pandapat saya, pemain seperti park, giggs, owen dan barbatov elok diberikan game yang simple. contohnya perlawanan yang melibatkan dengan liga divisyen 1 atau 2.

kenapa bahagian tengah dikuasai oleh liverpool? pada pendapat saya, ini kerana bahagian tengah yang nampak layu. apa yang pelik bagi saya ialah jones tidak sesuai untuk bermain di tengah dan dia kelihatan terkial2 untuk mengawal bahagian tengah.

selain itu, sir alex kena pastikan pasangan penyerang terbaik m.u untuk memenangi setiap perlawanan yang dihadapi. ini kerana saingan liga sangat sengit. jika tidak dapat mengenal pasti pasangan yang sesuai, kita mungkin akan mengalami kekurangan jaringan dan mungkin banyak keputusan seri yang akan dicatatkan. pada pendapat saya, bagi perlawanan yang agak mencabar seeloknya rooney dan welbeck digandingkan bagi menghasilkan jaringan yang banyak.

pada bahagian pertahanan pula, pada pendapat saya, stopper seeloknya diletakkan pemain yang sudah biasa dengan posisi tersebut. contohnya anderson, carrick atau cleverly.

pada perlawanan itu, sayap kedua2 belah pasukan m.u kurang membuat hantaran lintang. ini kerana ashley young tidak mendapat bantuan dari rakan2 yang biasa membantunya. dia juga kurang mendapat bola dan terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola bagi mencipta serangan.

sir alex juga telah membuat kesilapan apabila lewat membuat pertukaran. sepatutnya nani dan chicarito dimasukkan apabila bermulanya separuh masa kedua bagi menguatkan bahagian serangan. tapi apa pun kita telah terlepas kedudukan pertama kepada man.city dan kita terpaksa menghuni tangga kedua sehingga man.city melepaskan 2 mata atau mengalami kekalahan.

walaubagaimanapun saya tetap akan menyokong man.united tidak kira kalah atau menang tapi ulasan tetap akan dibuat.hehehe.

sekian..

Sabtu, 15 Oktober 2011

SELAMAT TINGGAL PIALA MALAYSIA 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

walaupun 2 hari telah berlalu tapi hati ini masih sedih dengan apa yang telah terjadi kepada pasukan kebanggaan kita, the red warriors apabila ditunjukkan jalan keluar dengan hormat oleh pasukan berjiran terengganu. rasa macam tak leh terima dengan kekalahan agregat itu tapi tetap reda kerana setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya.

apa pun sememangnya terengganu layak ke separuh akhir piala malaysia tahun ini. nak tau kenapa? ok baca catatan ini seterusnya.

tepat jam 8.40 mlm para pemain kedua pasukan masuk ke dalam padang dan bersedia untuk memulakan perlawanan. perlawanan bermula dan kelantan menguasai 3 minit pertama apabila melakukan percubaan awal ke pintu gawang terengganu tetapi tidak berjaya. kelantan meneruskan serangan tetapi memakan diri apabila kelantan dikejutkan dengan jaringan ashaari yang mudah menewaskan apek. dia yang tidak dikawal sememangnya dengan mudah menjaringkan gol tersebut. kelantan membuat beberapa percubaan ke arah pintu gol dan ia dilihat menjadi kenyataan apabila piya berpeluang membuat rembatan tetapi terkena palang dan melantun ke dalam padang semula.

selain percubaan tersebut, kelantan berpeluang menyamakan kedudukan apabila nor shahrul berjaya membuat rembatan tetapi berjaya dihalang penjaga gol terengganu. sedang leka kelantan melancarkan serangan, terengganu tiba2 membuat counter attack dan sekali lagi ashaari mudah untuk menewaskan apek apabila badul hadi mudah melorongkan bola melepasi pertahanan kelantan dan disempurnakan oleh ashaari.

kelantan mungkin dapat merapatkan jurang gol apabila 2 tendangan percuma diperolehi oleh kelantan diluar kotak panelti tetapi dihampakan oleh tiang gol dan juga kehebatan penjaga gol. malang kelantan akhirnya berakhir apabila alex berjaya menjaringkan gol mudah apabila penjaga gol terengganu terlepas bola yang ditangkap dan mudah disempurnakan alex. gol kedua kelantan pula hadir apabila bola terkena tangan pemain terengganu dan piya mudah menyempurnakan panelti tersebut.

selepas 3 minit masa tambahan, terengganu mara ke separuh akhir dengan aggerat 5-3 apabila keputusan seri 2-2 sama terhasil di kota bharu. nampaknya juara bertahan tumbang dan longlai di laman sendiri.

itu adalah serba sedikit perjalanan perlawanan malam jumaat yang lalu. apa yang dapat saya nukilkan disini, kelantan sememangnya sudah nampak akan tumbang lebih awal. ini kerana banyak percubaan yang dilakukan tidak berhasil dan berjaya dipatahkan oleh kecekapan penjaga gol dan juga palang tiang.

yang paling jelas ialah kesebelasan pemain kelantan yang diturunkan tidak meyakinkan. bukan nak menyangkal keputusan dato' karathu tetapi saya rasa pertahanan kiri sepatutunya diberikan kepada pemain yang telah banyak kali ditutnkan. ikhlas saya tulis disini, saya tak pernah kenal pemain ini. tiba2 dia pulak diturunkan. kerana kesilapan pemain tersebut, ashaari mudah menjaringkan gol pertama. sememangnya ketiadaan pemain yang biasa bermain di posisi tersebut menyebabkan corak permainan jadi kucar-kacir dan tak mampu untuk menghasilkan gol awal.

apa yang bermain di dalam kepala saya ialah kenapa daniel tidak diturunkan begitu juga dengan khairan eroza. kenapa dato' ,memilih khairon eroza yang amat jarang diturunkan mengisi kesebelasan utama. itu saya tak dapat jawab. hanya dato' yang tau..

apa pun perjuangan telah berakhir tetapi sokongan saya terhadap the red warriors tetap kekal di hati..

gomo kelate gomo

Label