We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, January 8, 2013

MISI PERTAHAN LIGA SUPER BERMULA MALAM INI



Setelah menempuhi perlawanan pertama untuk musim ini bertemu ATM dalam perebutan Piala Sumbangsih, Kelantan FC akan meneruskan perlawanan pertama Liga Super Malaysia bertemu PKNS FC di Kota Bharu malam ini.


Perlawanan malam ini yang akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 merupakan perlawanan penting bagi menilai mutu permainan Kelantan FC setelah menempuhi perlawanan pra persahabatan dan perebutan piala sumbangsih yang lalu.

Kelantan FC pastinya akan menurunkan pemain terbaik bagi menewaskan PKNS FC bagi memberi keyakinan kepada penyokong dan pengurusan KAFA. Kelantan FC juga berkelebihan untuk memungut tiga mata kerana bermain di laman sendiri. Tetapi pemain pertahanan harus berwaspada dengan pasukan dari Selangor ini. Mereka melakukan rombakan dengan menandatangani penyerang berbisa Sime Darby FC, Patrick Ronaldinho dan beberapa pemain tempatan yang lain.Pada pertemuan musim lalu, kedua-dua pasukan berkongsi mata apabila seri 1-1.

Perlawanan akan dimulakan pada jam 8.45 malam dan tiket untuk perlawanan malam ini akan mula dijual pada jam 9.00 pagi ini (9/1/2013) di kaunter tiket stadium. Harga tiket untuk astaka ialah RM 20, terbuka RM 15 dan kanak-kanak hanya RM 5. Bagi yang berjauhan dari Kelantan, boleh la cuba merisik di laman streaming dalam blog ini untuk melihat live streaming, itu pun jika ada siaran langsung. Saya akan maklumkan kepada tuan/puan dalam facebook sebelum perlawanan dimulakan untuk live streaming, jika ada siaran langsung.

Sama-sama kita nantikan perlawanan yang menarik ini.

Gomo Merah Gomo. Kalah, Menang, Seri, Kami sentiasa di bekalang Kelantan FC


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR