We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, February 20, 2013

KELANTAN DIDENDA LAGI


Hari ini, heboh di fb dan media massa mengenai hukuman denda yang dikenakan kepada KAFA oleh FAM. Denda tersebut yang berjumlah RM 62 500 melibatkan 4 kesalahan yang berlaku ketika perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim FC.


Antara kesalahan-kesalahan yang dinyatakan oleh pihak FAM ialah membaling mercun ke dalam padang didenda RM 20 000, melontar objek ke luar padang didenda RM 2 500, melontar objek ke penyokong Johor Darul Takzim FC didenda RM 20 000 dan akhir sekali gagal mengambil langkah keselamatan didenda RM 20 000. Mengikut maklmat yang diperolehi, jika perkara ini berterusan, Kelantan mungkin bermain tanpa penyokong seperti yang berlaku pada tahun 2009.

Jika dilihat dari kesalahan yang dinyatakan FAM tersebut,kesalahan yang paling pelik ialah gagal mengambil langkah keselamatan. Perkara ini memang tidak jelas dan saya lihat pihak KAFA telah meletakkan beberapa pegawai keselamatan dan ditambah dengan beberapa tentera yang membawa senjata yang datang dari selatan tanah air, adakah itu masih gagal mengambil langkah keselamatan?

Apa yang menjadi isu ketika ini ialah dalam banyak-banyak perkara yang berlaku dalam liga super ini seperti pergaduhan antara pemain ATM dan Selangor, keputusan pengadil perlawanan yang meragukan dan keterangan dari TMJ tidak pula dibuat pengadilan? Adakah kerana Kelantan pernah mempunyai pengurusan bola sepak yang tersusun, penyokong yang sentiasa memenuhi stadium dan penajaan yang banyak dari syarikat korporat menyebabkan Kelantan sentiasa menjadi tempat FAM mencari sumber kewangan?

Kelantan asyik dipersalahkan setiap kalu perlawanan Liga Super dimulakan. Adakah FAM tidak suka Kelantan bermain dalam liga super? Kita boleh nampak yang FAM tidak telus dalam memajukan bola sepak Malaysia.

Pengurusan FAM harus ingat. Kelantan mempunyai penyokong yang ramai dan cuba bayangkan jika setiap penyokong mendoakan perkara yang tidak elok kepada sesiapa yang berada di dalam FAM. Doa orang dizalimi pasti akan didengar oleh Allah. Renung-renungkan lah wahai manusia di dalam FAM.


FAM sepatutnya membantu pasukan negeri bukan menghukum persatuan negeri. Mereka sepatutnya melihat kelemahan-kelamahan yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Jika memerlukan kawalan yang lebih ketat, mungkin pihak FAM boleh membuat perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memohon menambah beberapa anggota polis lagi bagi mengawal keadaan dalam stadium.


Kepada penyokong yang suka melontar objek, anda harus sedar kerana tindakan bijak anda itu menyebabkan KAFA kerugian. Kita ingin melihat pasukan Kelantan bangkit untuk menaikkan nama negeri Kelantan tapi anda sebenarnya telah menjatuhkan nama baik Kelantan dengan perbuatan yang tidak berfaedah itu. Kadang-kadang saya muskil, adakah pelontar mercun dan objek itu rakyat Kelantan atau ada rakyat Kelantan yang tidak suka dengan kejayaan yang diperolehi oleh pasukan Kelantan sekarang ini? Yang melontar, anda jawablah sendiri.

Saya amat berharap mentaliti skuad Kelantan tidak terganggu dengan perkara ini dan akan meneruskan kecemerlangan pada hari Sabtu ini dengan menundukkan skuad Tok Gajah di Kuantan nanti. Semoga Kieta terus cemerlang, dibantu oleh Piya dan Farhan, saya yakin mereka pasti akan berjaya melakar kemenangan ketiga untuk musim ini.

Sama-sama kita doakan kejayaan Skuad Kelantan di Stadium Darul Makmur nanti.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR