We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, May 28, 2013

JUARA BERTAHAN KE FINAL PIALA FA 2013-CORAK PERMAINAN TERUK

Norfarhan gagal menyerlah ketika bertemu Terengganu petang kelmarin.

4-2. Itulah keputusan perlawanan antara Kelantan dan Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 yang dilangsungkan pada petang kelmarin. Walaupun kalah di tempat lawan, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir tahun ini kerana secara aggregat, Kelantan memenangi saingan peringakat separuh akhir ini dengan keputusan 6-5.


Perlawanan yang dilangsung pada sebelah petang itu sangat mendebarkan. Terengganu yang menurunkan senarai pemain terkuat mereka bermain dengan cukup baik dan kemas sehingga Kelantan kaku melihat kebangkitan pasukan tuan rumah itu. Mereka menyenaraikan pemain import mereka, Effa Owona dan dibantu oleh Manaf Mamat dan Ashaari dibahagian depan dan tengah.

Kelantan juga menyenaraikan pemain terbaik mereka dengan meletakkan Daudsu a.k.a kereta kebal pada bahagian kanan dan meletakkan Zairo Anuar pada bahagian tengah bagi menguatkan bahagian tersebut.

Abdul Manaf menerima kad merah manakala Obinna menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan gol dalam perlawanan semalam

Saya ingin meluahkan apa yang saya perhatikan pada pemain-pemain Kelantan pada perlawanan semalam. Apa yang saya perhatikan bahagian tengah Kelantan langsung tidak berkesan dan tidak mampu mencipta peluang untuk penyerang menjaringkan gol. Paling ketara ialah Norfarhan yang dilihat agak goyah corak permainannya. Skill yang tidak menjadi dan hantaran bola yang kurang meyakinkan. Bukan Farhan saja, Shakir pun kadangkala melakukan kesilapan dalam membuat hantaran kepada rakan.

Selain bahagian tengah, pertahanan Kelantan juga dilihat agak senang dibolosi oleh pemain lawan. Paling ketara ialah pada bahagian kiri dan kanan yang dikawal oleh Zairul Fitree dan Daudsu. Obinna dan Nik Shahrul Azim berada pada tahap baik walaupun kerap diserang oleh pihak lawan.

Masalah penyerang berulang apabila buntu untuk menjaringkan gol. Kemasukan Dickson merubah corak permainan Kelantan tetapi pemain tengah dilihat kurang bijak dalam menjana serangan. Apa yang saya perhatikan, Piya dan Farhan dilihat lebih senang menghantar bola kepada Dickson berbanding Fakri yang dilihat mempunyai banyak ruang. Penyerang juga dilihat kurang membuat percubaan dan tidak mahu membuat percubaan walaupun mempunyai peluang.

Jika anda perhatikan, agak mengejutkan apabila taktikal Kelantan berubah sepenuhnya apabila pemain pertahana tengah, Obinna naik menjadi penyerang dan meninggalkan Nik Shahrul Azim di bahagian bawah. Ini menunjukkan Obinna menyedari bahawa Kelantan susah untuk menjaringkan gol dan ini memaksa beliau naik ke atas bagi membantu bahagian serangan. Tindakan itu amatlah tepat apabila dia yang tidak dikawal berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Amat mendukacitakan sekali adalah apabila Terengganu bermain 9 orang dan Kelantan bermain dengan 11 orang pemain, Kelantan hanya mampu menjaringkan 1 gol itu pun pada minit akhir masa tambahan.

Saya rasa banyak kajian dan penelitian yang harus dilakukan kepada pasukan Kelantan musim ini. Kelantan dilihat tidak lagi menggunakan hantaran pendek dan pemain dilihat buntu untuk mencipta peluang bagi menjaringkan gol. Jika dilihat pada senarai pemain, Kelantan memiliki pemain yang hebat ketika ini dan mereka juga telah bersama sejak beberapa musim. Sepatutnya mereka sudah memahami corak permainan masing-masing.

Tapi pada perlawanan kelmarin, pemain seharusnya tidak dipersalahkan sepenuhnya. Kita sebagai penyokong sepatutnya menyokong dan bukan mengutuk pemain kita sendiri. Saya ada terbaca dalam facebook salah seorang pemain kita yang menyatakan rasa tidak puas hati beliau dikutuk oleh penyokong. Kita harus memberikan semangat kepada pemain. Kita juga sebagai penyokong harus sedar bahawa dalam bola sepak ada kalah dan menang dan seri. Semua itu harus kita terima dengan hati yang tenang.

Walau bagaimanapun, stadium Bukit Jalil harus kita penuhi bagi memberi semangat dan sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Bersama kita doakan kejayaan mereka merangkul piala FA buat musim ini dan kedua berturut-turut. Amin..

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR