We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, July 29, 2013

PANTAI TIMUR SATU KUMPULAN, NEGERI SEMBILAN LENGKAPKAN EMPAT PASUKAN KUMPULAN MAUT


Ramai yang sudah maklum mengenai keputusan undian kumpulan bagi saingan Piala Malaysia 2013 ini. Kelantan FA diletakkan bersama adik-beradik mereka iaitu Pahang FA dan Terengganu FA dan satu pasukan dari sebelah pantai barat, Negeri Sembilan FA melengkapkan kumpulan C a.k.a Kumpulan Maut.


Kelantan FA selaku juara bertahan Piala Malaysia tidak gentar walaupun terpaksa bersaing dengan kedua-dua wakil pantai timur tersebut. Ini kerana jika dilihat pada rekod perlawanan sebelum ini, Kelantan FA berkelebihan ke atas kedua-dua pasukan ini. Negeri Sembilan pula dilabel sebagai Underdog dalam kumpulan ini kerana kedudukan mereka pada saingan liga super yang lalu.

Saingan Piala Malaysia 2013 ini akan bermula pada 20 Oktober ini dan akan berakhir pada 3 November 2013. Sama - sama kita nantikan saingan Piala Malaysia ini. Tak sabar rasanya nak tengok Kelantan FA beraksi.

Kumpulan A
1- Selangor
2- ATM
3- Sime Darby
4- Johor

Kumpulan B
1- Johor DT
2- PKNS FC
3- T- Team
4- Felda United

Kumpulan C
1- Kelantan
2- Pahang
3- Terengganu
4- Negeri Sembilan

Kumpulan D
1- Lions XII
2- Perak
3- Sarawak
4- Kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR