We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, January 15, 2013

PERKARA MENARIK PERTEMUAN KELANTAN FA VS JOHOR DARUL TAKZIM FC

Pertembungan 2 pasukan bola sepak ternama sekarang ini, Kelantan FA dan Johor Darul Takzim FC sememangnya dinanti-nanti oleh semua penyokong bola sepak. Ini kerana pertembungan kedua-dua pasukan ini amat menarik dan mendebarkan sehingga kedua-dua pasukan berkongsi mata. Tapi berlaku perkara menarik tentang pertembungan kedua-dua pasukan ini.


1. Jumlah penonton di Stadium Sultan Muhammad ke 4 mencapai hampir 20 ribu penonton yang datang menyaksikan perlawanan tersebut.


2. Akibat dari lontaran botol air dari penyokong, Tan Sri Anuar Musa dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota pun terkena objek tersebut. Kesian Tengku Mahkota kita.

3. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana balingan bom asap menyebabkan permainan dihentikan beberapa minit. Kena pulak KAFA lepas ni. Susah kalu beruk boleh masuk stadium.

4. Perlawanan semalam dihentikan 8 saat lebih awal dari masa tambahan sebenar dan pemain kedua-dua pasukan terus menyatakan rasa tidak puas hati kepada pengadil tersebut. Pengadil pun satu hal. Saje nak cari pasal. 8 saat jer, tunggu la kejap. Bukannya lama pun.


5. Tentera Johor yang mengiringi Tengku Mahkota Johor berkawal di dalam dan di luar stadium bagi mengawal keadaan jika berlaku rusuhan. Emm ikutlah. Buatlah apa nak buat. Kita boleh tengok jer.

6. Matyo dan Awe pulang ke Kota Bharu buat pertama kali sebagai pemain Johor Darul Takzim FC dan kedua-duanya masih hebat seperti dulu. Sedap tengok Awe main. Teringat masa dok dengan Kelantan dulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR