Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, August 23, 2013

UNITED KELUARKAN NOMBOR JERSI SKUAD UTAMA MUSIM 2013/2014-NO. 7 DAN 9?

United secara rasmi telah mengeluarkan nombor jersi bagi skuad utama mereka. Sesetengah pemain mengekalkan nombor jersi mereka yang digunakan pada musim lepas dan berlaku sedikit kejutan apabila seorang pemain United menukar nombor jersinya musim lalu kepada nombor yang mula-mula dipakai ketika menyertai United.


Antonio Valencia mengatakan dia tidak mampu memakai nombor 7 kerana nombor itu mempunyai aura dan kekuatan tersendiri. Pemakai nombor jersi sebelum ini iaitu Cristiano Ronaldo mampu memakai nombor 7 ini dan sekarang telah menjadi antara pemain bola sepak ternama dunia. Dengan penolakan no. 7 itu, Valencia kembali menyarung jersi bernombor 25 iaitu nombor yang dipakai ketika dia mula-mula menyertai United.

Selain no. 7, no. 9 juga tidak bertuan. Nombor 9 juga merupakan nombor keramat dan tidak ada yang mahu memakai nombor tersebut disebabkan nombor tersebut hanya mampu dipakai oleh pemain yang betul-betul layak. Sebelum ini Berbatov memakai no.9 ini dan ternyata dia tidak mampu menjadi lagenda dengan nombor tersebut.

Ini lah senarai penuh nombor jersi skuad utama Manchester United musim 2013/2014



Siapakah yang bakal menyarung jersi no. 7 dan 9 itu? Sama-sama lah kita nantikan selepas tarikh pembelian pemain tamat nanti. Harap yang pakai kedua-dua nombor tersebut adalah pemain yang mampu memberi kejayaan kepada United musim ini dan musim seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR