We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, July 1, 2013

KELANTAN FA JUARA PIALA FA 2013-JDT FC CUBA LAGI TAHUN HADAPAN


Kelantan FA berjaya mengekalkan kejuaraan piala FA apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim FC 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu 29 Jun yang lalu. Gol hasil jaringan Nor Farhan sudah cukup untuk membolehkan Kelantan FA menjulang piala FA buat kali kedua berturut-turut.


Perlawanan akhir ini amat dinantikan oleh kedua-dua penyokong pasukan tersebut, pengkritik dan peminat bola sepak kerana ia menemukan dua pasukan antara terkuat dalam saingan liga di Malaysia ini. Kelantan FA hadir sebagai juara bertahan manakala JDT FC adalah pencabar yang paling digeruni kerana memiliki pemain bintang bola sepak Malaysia.

Perlawanan malam tersebut menampilkan permainan yang menarik. Kelantan FA membuktikan mereka adalah juara bertahan apabila mempamerkan permainan yang cukup hebat sehinggakan pertahanan JDT FC terpaksa menahan segala asakan yang dipacu oleh dua penyerang berbisa Kelantan FA iaitu Dickson dan Norfarhan.

Pada perlawanan tersebut, bahagian tengah dilihat dikuasai oleh Badri dan Shakir. Kedua-dua pemain ini mengawal bahagian tengah dengan baik sehingga Syafiq Rahim tidak mampu membuat hantaran dan lorongan untuk Mat Yo. JDT FC dilihat lebih bergantung kepada kelincahan Nurul Azwan Roya yang bijak mengawal bola dan banyak membantu bahagian serangan.

Pertahanan Kelantan FA dilihat sangat kebal pada malam itu. Dengan kemasukan Azizi, Nwaneri, Nik Shahrul dan Daudsu, Kelantan FA sukar ditembusi oleh dua penyerang JDT FC, Mat Yo dan Nunez.

Dengan kemenangan in, Kelantan FA meletakkan nama mereka sebaris dengan Kedah FA dan Perak FA yang memenangi Piala FA sebanyak 2 kali. Kemenangan ini juga meletakkan nama Kelantan FA sebagai wakil Malaysia untuk saingan Piala AFC 2014 nanti.

Kemenangan yang diperolehi Kelantan FA adalah kurniaan dari Allah dan setiap penyokong Kelantan FA harus memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas pemberian tersebut. Ingatlah kalah menang dan seri itu adalah adat permainan dan walau bagaimana keadaan pasukan kita, kita hendaklah sentiasa berada di belakang pasukan kita.

Tahniah Kelantan FA dan Tahniah buat semua penyokong Kelantan FA.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR