Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, September 3, 2013

TUMPAS DI TANGAN LIVERPOOL-KEKALAHAN PERTAMA MUSIM 2013/2014

Welbeck dan Van Persie tidak mampu menghadirkan jaringan buat United.

0-1. Itu lah kekalahan pertama United musim ini di bawah kendalian David Moyes. Gol jaringan Sturridge seawal minit ke4 itu sudah cukup untuk memberikan permulaan sempurna buat pasukan bergelar The Reds itu.


Pada perlawanan tersebut, skuad United dilihat tidak mempamerkan corak permainan yang sebenar. Ini mungkin diakibatkan oleh ketiadaan Wayne Rooney yang dilaporkan cedera di dahi kerana perlanggaran dengan Phil Jones. Welbeck dan Van Persie dilihat tidak mendapat banyak peluang disebabkan oleh bahagian tengah yang kurang menghantar bola.

Bahagian sayap juga dilihat agak kurang menyerlah. Kemasukan Ashley Young sebagai sayap kiri agak mengecewakan apabila kerap kehilangan bola dan tidak mampu melepasi kawalan Glen Johnsen di bahagian kanan Liverpool.

Kemasukan Nani dan Hernandez membuka banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi dihampakan oleh kehebatan pertahanan lawan dan kehebatan penjaga gol mereka, Mignolet yang tangkas menafikan beberapa percubaan berbahaya United.

Beberapa keputusan pengadil juga cukup mengecewakan apabila pengadil menafikan penalti setelah Welbeck dijatuhkan. Pada perlawanan itu juga, berlaku beberapa ketegangan antara pemain United dan Liverpool tetapi dapat dileraikan oleh pemain dan juga para pengadil.

Apa yang dapat diperhatikan pada perlawanan tersebut, selepas kita kehilangan Paul Scholes yang bersara, United dilihat terkial-kial untuk mencari pengganti beliau. Sebelum ini, beberapa penyokong berpendapat Carrick dan Cleverly hampir sama dengan legenda tersebut tetapi bermula musim ini, kedua-dua pemain tersebut dilihat kurang berkesan pada bahagian tersebut.
Ini mendorong Moyes mencari beberapa muka baru dan saya dilaporkan beberapa rundingan telah dibuat. Beberapa pemain pasukan lain telah disebut-sebut untuk dibeli oleh United dan pastinya pemain bahagian tengah yang akan dibeli.

Saya penyokong setia United tetap akan menyokong pasukan tak kira kalah seri atau menang kerana United adalah kelab pertama saya sokong dan akan seterusnya menyokong sampai bila-bila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR