We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, May 15, 2011

KEJUARAAN SAH MILIK THE RED DEVILS


Pada hari Sabtu yang lalu, man.united mengesahkan kejuaraan liga perdana inggeris bagi musim ini apabila berjaya mengikat tuan rumah, blackburn rovers di edwood park dengan keputusan 1-1. Pengesahan itu dibuat apabila pengadil perlawanan meniup wisel penamat dan disambut dengan gembira oleh semua penyokong the red devils.



Pada perlawanan tersebut, penyokong man.united tergamam apabila emerton, pertahanan tuan rumah menyumbat gol pertama pasukan tuan rumah tetapi penyokong man.united kembali bersorak apabila wayne ronney menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan panelti apabila hernandez dijatuhkan dalam kotak panelti.

Kejuaraan itu juga merupakan kejuaraan yang ke-19 bagi man.united dan itu adalah satu rekod baru bagi kejuaraan paling banyak dimenangi oleh kelab liga perdana inggeris. Dengan kejuaraan itu liverpool berada di tangga kedua dengan 18 kejuaraan.

Sesungguhnya kejayaan man.united ini adalah kerana semangat berpasukan yang dipupuk oleh sir alex dan semangat pemain yang ingin mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.

Dengan 22 kemenangan, 11 seri dan 4 kekalahan setakat ini bukan lah rekod yang baik tetapi telah mampu menjadikan man.united juara liga perdana inggeris musim ini.

Semoga pada musim depan, man.united terus menunjukkan kecemerlangan dan memenangi liga perdana inggeris untuk kali yang ke 20.

sama2 la kita meneruskan sokongan kita kepada man.united.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR