We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, April 25, 2011

PERTEMBUNGAN GERGASI MERAH MALAYSIA

Pada malam ini satu pertembungan terbesar liga super Malaysia akan berlaku apabila kelantan dan selangor berjumpa di stadium Muhammad ke IV, Kota Bharu. perlawanan tersebut semestinya menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan ini adalah pasukan yang diramal untuk menjadi juara liga super pada tahun ini. saya akan ulas sedikit mengenai kedua-dua pasukan ini dan apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasukan ini..



KELANTAN
pasukan yang dikenali sebagai the red warriors ini sekarang berada di dalam keadaan tidak konsisten. walaupun telah memenangi 2 perlawanan terakhir menentang perlis, kemampuan pasukan kelantan masih menjadi tanda tanya kerana perlis adalah antara pasukan lemah di dalam liga super tahun ini. bagaimanapun rekod kelantan di laman sendiri amat baik kerana tidak pernah kalah dan ini semestinya mendorong selangor bermain mati-matian untuk meleburkan rekod tersebut..

SELANGOR
gergasi merah kuning ini sekarang menerajui liga dan seperti amat sukar digugat apabila tidak pernah kalah di laman lawan dan menang 2 perlawanan sebelum ini iaitu menundukkan pasukan negeri di bawah bayu. selangor semestinya ingin membalas dendam terhadap kelantan kerana telah menewaskan mereka di laman sendiri dan merampas piala sumbangsih pada permulaan liga.

setiap pasukan mempunyai kekuatan dan kelebihan masing2 terutamanya bahagian tengah yang diketuai oleh 2 pemain tengah yang sedang top sekarang ni. kelantan semestinya mengharapkan kepintaran piya dalam membuka ruang untuk penyerang menjaringkan gol. selangor pulak semestinya mengharapkan kemahiran amri yahyah untuk mengucar-kacirkan pertahanan kelantan.

kedua2 pasukan mengharapkan kemenangan kerana kelantan pasti ingin mengejar kedudukan selangor dan mengurangkan jurang mata manakala selangor pula ingin menjarakkan mata bagi mengukuhkan kedudukan di persada liga..

apa pun diharap penyokong akan terus memberi sokongan padu supaya pasukan selangor tenggelam di bawah sorakan lautan merah putih dan tak mampu untuk melakukan apa2 dan memudahkan kelantan memenangi perlawanan tersebut..

gomo merah gomo

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR