We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, August 8, 2011

MANCHESTER UNITED KALAHKAN ADIK

Lama dah tak update blog. hari rasa terpanggil untuk memblog kerana pasukan yang saya sokong telah menjuarai Piala Perisai Komuniti FA dengan mengalahkan Man. City dengan keputusan 3-2 di Stadium Wembley.



Sampai je kat rumah selepas solat terawih, terus bukak tv dan tengok permainan kedua-pasukan.. Banyak gerakan yang terhasil oleh kedua-dua pasukan tetapi benteng kedua-dua pasukan kebal menahan asakan. Nasib memihak kepada Man. City apabila pertahanannya, Lescott menanduk masuk gol pertama hasil sepakan percuma silva yang diambil dari luar kotak penalti. Gol kedua Man. City menyusul beberapa minit kemudian apabila penjaga gol baru united, Di Gea tidak berjaya menahan sepakan laju dzeko dari luar kotak panelti.

Pada separuh masa kedua, Man. United membuat perubahan dengan mengeluarkan ferdinand dan diganti dengan evans manakala carrick diganti dengan pemain muda, Cleverly. Perubahan yang dibuat sememangnya tepat apabila United berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan smalling yang menyambut sepakan percuma Young, pemain yang baru dibeli dari Aston Villa.

Gol yang kedua adalah gol yang paling menarik pada perlawanan tersebut kerana teknik yang ditunjukkan amat menakjubkan. gerakan dimulakan oleh nani yang menghantar kepada ronney dan ronner menhantar kepada cleverly dan cleverly menghantar kepada nani dan nani mudah mengalahkan hart untuk gol penyamaan. gol tersebut amat simple dan sangat menarik.

Gol ketiga Man. United dihasilkan pada masa kecederaan separuh masa kedua apabila nani menghukum kesilapan pertahanan Man. City dan dengan mudah menewaskan Hart untuk gol kemenangan United. Itu adalah kemenangan yang ke 15 untuk United.

Saya suka untuk memperkatakan tentang perlawanan semalam. Corak permainan dengan hantaran pendek amat menarik dan telah menyebabkan Man. City tidak mudah untuk merampas bola dari pasukan Man.united. Itu lah corak yang diterapkan oleh Barcelona ketika menentang Man.united di stadium yang sama untuk final UCL tahun musim lepas.

Saya amat berharap corak hantaran pendek ini akan terus dipraktikkan dan akan menjulang man. united hingga menjuarai liga perdana inggeris buat kali yang ke 20..

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR