We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, June 6, 2011

PERKEMBANGAN MANCHESTER UNITED

23/05/2011-Setelah mengalahkan Blackpool di Stadium Old Trafford dengan keputusan 4-2, man.united ditabalkan sebagai juara liga perdana inggeris buat kali yang ke 19 dan itu adalah rekod baru yang sebelum ini dipegang oleh liverpool.


29/05/2011-Seminggu selepas dinobatkan sebagai juara liga inggeris, tuah man.united tidak berpanjangan apabila dikalahkan oleh pasukan terbaik dunia, barcelona di stadium wembley dalam final liga juara-juara eropah yang berkesudahan dengan 3-1. Misi membalas dendam pada tahun 2009 tidak dapat dilunaskan oleh man.united.

Itulah perkembangan pasukan man.united yang masih boleh dibanggakan. corak permainan yang mantap ketika bertemu blackpool tidak dapat diteruskan ketika bertemu barcelona.

kalau diperhatikan, corak permainan man.united dan barcelona nyata jauh berbeza. barcelona menggunakan teknik hantaran pendek manakala man.united menggunakan hantaran jauh yang boleh menyebabkan kehilangan bola.

ketika berhadapan dengan blackpool, teknik hantaran jauh amat sesuai kerana blackpool juga menggunakan teknik yang sama..

jadi harapan saya, sir alex dapat mengetengahkan corak hantaran pendek yang sering digunakan oleh chelsea dan juga barcelona supaya pengawalan bola lebih memihak kepada pasukan.

diharapkan pada musim depan, man.united akan terus memburu kejayaan dan mempertahankan mahkota liga perdana inggeris.

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR