We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, April 27, 2011

SELANGKAH KE FINAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH

manchester united berjaya menumpaskan shalke 04 di stadium arena of shalke dengan keputusan 2-0 hasil jaringan wanye rooney dan ryan giggs. dengan kemenangan itu, man.united telah meletakkan sebelah kaki ke final di wembley pada akhir mei tahun ini.


mereka akan bertembung semula di old trafford pada minggu depan bagi melengkapkan jadual perlawanan peringkat separuh akhir ke-2.

mengulas mengenai perlawanan pagi tadi, man.united menguasai perlawanan dengan baik dan banyak melakukan serangan tepat ke arah gawang pasukan tuan rumah yang dikawal oleh penjaga gol kebangsaan German, neuer.

nampaknya gandingan hernandez dan rooney semakin menjadi dan diharap kedua2 pemain ini akan terus cemerlang bagi memenangi perlawanan seterusnya di old trafford.

pemain tengah man.united juga amat cemerlang apabila berjaya mengekang asakan lawan dan berjaya membuka peluang bagi penyerang man.united untuk menjaringkan gol.

gol pada perlawanan pagi tadi terhasil pada mini 67 dan minit 69. agak rapat kan.
itulah kehebatan man.united. mampu menyerap tekanan daripada sokongan padu penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium pagi tadi.

semoga man.united akan meneruskan momentum kemenangan ini pada minggu depan dan seterusnya melangkah ke final untuk bertemu pasukan dari sepanyol, iaitu antara real madrid dan barcelona yang akan bertembung awal pagi besok.

siapa lawan pada peringkat final tak penting, yyang penting adalah melepasi halangan separuh akhir ini dengan jayanya.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR