We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, May 10, 2011

HAMPIRI KEJUARAAN



Preetttt!!!!!!!!!!!!!! Itulah tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan, howard webb. Dengan itu, kemenangan berpihak kepada man.united ke atas chelsea dengan keputusan 2-1.

Pada perlawanan tersebut juga, chicarito membuat satu kejutan dengan menjaringkan gol yang dikawal peter cech seawal 36 saat selepas tiupan wisel permulaan pengadil. Itu lah kehebatan pemain man.united yang sedang memburu kejuaraan liga perdana inggeris buat kali ke-19. Jika berhasil, maka man.united telah berjaya menjadi kelab paling berjaya di dalam liga perdana inggeris mengatasi liverpool dengan 1 kejuaraan.



Gol kedua pula diperolehi hasil tandukan pertahanan kental man.united, vidic yang berjaya menewaskan peter cech sebelum lampard mengurangkan jurang gol apabila menyambut hantaran hasil satu sepakan sudut.

Dengan hanya 1 mata sahaja lagi, man.united secara rasmi akan ditabalkan sebagai juara liga perdana inggeris dan ini pasti berlaku sabtu ini apabila man.united akan bertandang ke edwood park untuk bertemu blackburn rovers.

Memang teruja kerana dapat menyaksikann kejayaan man.united menewaskan chelsea tetapi saya rasa sir alex harus mencari pemain2 yang bagus bagi menguatkan lagi pasukan. Saya rasa seorang pemain tengah yang kreatif harus dicari supaya dapat membuat hantaran yang lebih baik dan mampu membuka peluang untuk penyerang menjaringkan gol. Sir alex juga harus mencari seorang lagi penyerang yang berbisa, bijak dalam kawalan bola dan mampu menghidu peluang untuk menjaringkan gol bagi bergandingan dengan chicarito, rooney dan barbetov.

Pada bahagian pertahanan, bagi saya, sudah cukup kuat, cuma perlu lebih keserasian antara pemain.

Tak sabar untuk menunggu perlawanan pada hari sabtu ini. hanya 1 mata lagi..

Semoga man.united berjaya.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR