We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, March 15, 2011

MENANG DENGAN ARSENAL, JUMPA MAN.CITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada pagi ahad yang lalu, pasukan the red devils mengesahkan beraksi di perlawanan suku akhir apabila menewaskan the gunners dengan jaringan 2-0..


kemenangan itu sesungguhnya amat bermakna kerana dapat menebus kekecewaan tewas di tangan liverpool.walaupun nampak arsenal mengawal permainan tetapi penyerang mereka kurang menjadi dan peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh penyerang man.united apabila fabio dan ronney menjaringkan gol untuk menempah pertemuan dengan musuh setempat, manchester city.

pada perlawanan tersebut, sir alex telah meletakkan pasangan kembar dari brazil, fabio dan rafael untuk bermain di bahagian sayap. itu sememangnya strategi yang berani tetapi membuahkan hasil apabila fabio berjaya merobek gawang arsenal yang dikawal oleh almunia..

terima kasih juga harus diberikan kepada van der sar yang menjaga gawang man.united dengan cemerlang apabila banyak menyelamatkan beberapa percubaan daripada nasri dan juga arshavin.

pada perlawanan itu juga,buat pertama kalinya selepas 6 bulan berehat akibat kecederaan pada buku lalinya, valencia diturunkan dan bermain dengan baik pada bahagian sayap kanan. sesungguhnya pemain ini amat dinantikan kerana semestinya, kanan dan kiri pasukan man.united tidak lagi pincang seperti sebelum ini.

apa pun saya berharap man.united akan menewaskan man.city untuk merangkul piala fa yang agak sudah lama tidak digenggam oleh the red devils.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR