We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, December 1, 2012

PERTAHANAN BERMASALAH


Dibolosi 3 gol dalam tempoh 22 minit menunjukkan pertahanan Manchester United benar-benar berada dalam masalah. Itulah yang berlaku pagi tadi pada perlawanan ke 15 Liga Perdana Inggeris antara Manchester United melawan Reading.


Drama di Stadium Madejski itu benar-benar mendebarkan jantung apabila kedua-dua pasukan berbalas jaringan. Jaringan dimulakan oleh pihak lawan yang berjaya menjaringkan gol pada minit ke lapan. Penyerang Reading mudah merembat masuk apabila pertahanan United, Evans gagal mengeluarkan bola tersebut dengan sempurna dalam kotak penalti.

Selang 4 minit kemudian, hasil hantaran bijak Young, Anderson berjaya menyamakan kedudukan. Selepas itu Man. United menguasai perlawanan dan berjaya berada di depan hasil tendangan penalti yang disempurnakan oleh Rooney setelah Evans dijatuhkan dalam kotak penalti. 3 minit kemudian, pertahan United dihukum lagi apabila tuan rumah berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan yang berjaya disempurnakan melalui sepakan penalti.

Rooney sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring apabila berjaya merobek gawang Reading. Gol tersebut diilhamkan oleh Evra yang bijak menewaskan pertahanan untuk melorongkan bola kepada Rooney yang tidak dikawal untuk jaringan penyamaan. Sebelum itu, United telah ketinggalan 3-2 hasil jaringan pertahanan Reading juga melalui tendangan sudut.

Kemenangan menjadi milik United apabila Van Persie berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 33 untuk mencatatkan gol ke 10 peribadi untuk saingan liga ini. Dia yang berjaya menewaskan perangkap offside lawan menerima hantaran dari Rooney yang disempurnakan dengan tenang ke dalam gol Reading.

Dengan kemenangan itu, United kekal ditangga teratas liga dengan 36 mata berbanding Manchester City ditangga kedua dengan 33 mata.

Apa yang dirisaukan oleh pengurus, pemain dan penyokong ialah gawang gol yang mudah dibolosi lawan. Ini adalah Come Back yang kesebelas musim ini bagi United dan ini harus dihentikan. Puncanya adalah dari pertahanan yang longgar. Sir Alex mengetahui kecacatan pada bahagian pertahanan kanan yang dilihat mudah dibolosi. Oleh itu, Sir Alex mengorbankan Rafael dan memasukkan Smalling untuk mengukuhkan bahagian pertahanan kanan. Tindakan itu adalah tepat kerana Rafael telah menerima kad kuning dan dia juga dilihat agak kelam-kabut dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan semalam juga mengundang kontroversi apabila gol kelima United hasil jaringan Van Persie tidak dkira walaupun telah melepasi garisan gol. Penjaga garisan tidak mengesahkan jaringan tersebut kerana gol tersebut berlaku dengan pantas. Nampaknya isu tersebut masih belum dapat diselesaikan dengan baik dan ini harus dilaporkan kepada pengurusan tertinggi FA. Jika gol tersebut dikira, tidak mustahil jaringan lebih besar dapat dihasilkan semalam.

Inilah gol yang tidak disahkan oleh pengadil semalam. Jelas bola sudah melepasi jaringan gol

Selesai untuk perlawanan ke 15, menanti United di perlawanan ke 16 adalah jiran mereka, Man. CIty pada 9 Disember ini. Ramai mula meragui akan kemampuan United untuk menewaskan musuh setempat itu dengan pertahanan yang rapuh itu. Masalah tersebut mungkin dapat diselesaikan apabila Vidic disahkan telah berlatih dengan skuad utama. Dia akan diturunkan pada perlawanan menentang Cluj di Old Trafford nanti. Dengan kembalinya Vidic, Sir Alex mampu menurunkan pasukan terkuat pada perlawanan menentang City bagi mengukuhkan kedudukan di takhta liga dan seterusnya meleburkan rekod tanpa kalah lawan itu. 

Sama-sama kita saksikan perlawanan tumpuan itu 9 Disember ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR