We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, December 8, 2012

MANCHESTER DERBY PERTAMA 2012-2013


Sekali lagi, kedua-dua pasukan berjiran, Manchester United dan Manchester City bertembung untuk derby pertama musim 2012-2013 ini. Perlawanan derby yang berlangsung di sini pada musim lalu berkesudahan 1-0 berpihak kepada Manchester City hasil tandukan Kompany.
Perlawanan yang akan berlangsung pada 9.30 malam (9/12/2012) disiarkan secara langsung di ESPN (812) atau live streaming pastinya dijangka sengit. Kedua-dua pasukan telah mula melancarkan pelbagai provokasi bagi melemahkan semangat lawan.

Kedua-dua pasukan amat mengharapkan kemenangan. United sangat menginginkan kemenangan bagi membalas dendam 2 kekalahan musim lalu dan ingin meleburkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah City di hadapan penyokong mereka sendiri. City pula menginginkan kemenangan bagi memintas United di persada liga perdana.

Sebelum perlawanan derby ini, kedua-dua pasukan telah menghabiskan saingan peringkat kumpulan dengan tewas kepada lawan masing-masing dengan keputusan 1-0. United dikalahkan oleh Cluj manakala City ditewaskan oleh Borrusia Dortmund. Tetapi walaupun kalah, United lebih bernasib baik apabila telah layak manakala City terpaksa mengucapkan bye-bye kepada Liga Juara-juara apabila berjaya berada di tempat terakhir kumpulan.

Pada pertemuan esok, kedua-dua pasukan sebenarnya tempang. Ini kerana beberapa pemain utama mereka dilanda kecederaan. United pastinya tidak dapat menurunkan kedua-dua sayap kanan mereka iaitu Valencia dan Nani. Kagawa pula baru pulih dan tidak pasti dapat diturunkan atau tidak. Vidic baru menyertai latihan dan pasti tidak akan diturunkan kerana baru cergas. Mengisi senarai kecederaan ialah Anderson dan yang terbaru Cleverly. City pula tidak dapat menggunakan khidmat Silva dan Milner di bahagian tengah. Bahagian pertahanan dilihat agak rapuh apabila Richards, Kolarov dan Clichy berada dalam senarai kecederaan.

United pastinya mengharapkan gandingan Rooney dan Van Persie bagi merobek gawang City yang dikawal Hart. Young pastinya akan diturunkan bagi menguatkan bahagian sayap dan tengah pastinya akan dikemudi oleh Carrick dan Fletcher atau Scholes. City pula pastinya mengharapkan gandingan Argentina mereka, Sergio dan Tevez bagi mengucar-kacirkan pertahanan United yang akan dikawal Ferdinand, Rafael/Jones, Evan/Smalling dan Evra.

Penyokong United yakin Van Persie akan menghadiahkan kemenangan dan akan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, dibantu oleh Rooney yang sentiasa membuat hantaran untun Van Persie menterjemahkan hantaran tersebut kepada gol.

Saya yakin City akan tumbang dilaman sendiri. Sama-sama kita saksikan besok.

Barisan Kemungkinan jangkaan saya:

Lindergard
Evra
Ferdinand
Evans
Jones
Fletcher
Scholes
Carrick
Young
Rooney
Van Persie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR