We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, December 31, 2012

MISI BALAS DENDAM MALAM INI


Tentunya penyokong Man. United tak lupa akan kekalahan mengejut kepada Wigan Athletic ketika berkunjung ke DW Stadium musim lepas dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Meloney.


United hadir ke DW Stadium dengan 2 misi besar iaitu memenangi perlawanan bagi mengekalkan tujuh mata atau dengan City (mana tau City kalahkan) dan membalas dendam kerana tewas di tempat yang sama musim lepas. Kemenanga malam ini juga pastinya sangat manis kerana ia akan menjadi kemenangan pertama untuk permulaan tahun 2013 ini.

United juga pastinya ingin mengekalkan clean sheet yang telah diperolehi ketika menewaskan West Bromich Albion pada perlawanan yang lepas. Tugas United boleh dikatakan sukar kerana pemain Wigan Athletic pastinya bersemangat apabila berjaya menewaskan Aston Villa dan berjaya keluar dari zon penyingkiran. Pertahanan United dijangka berubah malam ini apabila beberapa pemain telah bebas dari kecederaan dan mengikut Sir Alex, beliau akan buat proses pergiliran kepada pemain pertahanan bagi mencari kesesuaian dan mengelakkan keletihan kepada pemain.

Pada bahagian tengah, United tidak menghadapi banyak masalah kerana hampir kesemua pemain tengah berada dalam keadaan baik dan sedia diturunkan. Pada perlawanan menentang WBA, Kagawa telah diturunkan mengisi kesebelasan utama dan dia sememangnya hebat kerana dapat bermain dengan baik sehingga ke minit ke 70 sebelum digantikan dengan Van Persie.

Rooney tidak akan berkunjung ke DW Stadium kerana kecederaan yang dialaminya.

Bahagian serangan juga tidak menjadi masalah buat United apabila kembalinya Welbeck dalam senarai kesebelasan utama menentang WBA hari itu. Dia bermain selama 90 minit dan corak permainannya tidak berubah walaupun telah dilanda kecederaan. Adakah beliau akan diturunkan esok? Semua itu bergantung kepada Sir Alex.

Wigan Athletic pastinya ingin menewaskan United bagi menambah 3 mata untuk mengelakkan jatuh ke zon penyingkiran dan mereka juga ingin sekali lagi menewaskan United di laman mereka seperti yang dilakukan pada musim lalu. Wigan yang kini berada di tangga ke liga akan menurunkan pasukan terkuat mereka bagi menghadapi United malam ni. Dengan hampir semua pemain utama pulih dari kecederaan, Roberto Martinez tiada masalah untuk memilih pemain bagi mengisi kesebelasan malam ni.

Apa pasti United akan turun malam ini untuk misi memenangi perlawanan agar dapat menjarakkan mata dengan City dan kekal sebagai pendahulu liga pada permulaan tahun 2013 ini. Sama-sama kita saksikan perlawanan yang menarik malam ini.

Go United Go

Barisan Kemungkinan
De Gea
Ferdinand
Evra
Evans
Jones
Valencia
Kagawa
Cleverley
Young
Hernandez
Van Persie

Ramalan Keputusan
Wigan Athletic 0-2 Man. United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR