We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 30, 2012

TEWAS DALAM HUJAN


Kelantan FC akhirnya tewas dalam perlawanan terakhir persahabatan pramusim apabila ditundukkan oleh Sime Darby FC 1-4 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Gol tunggal Kelantan FC dijaringkan oleh Keita Mandjou.


Menurut laporan yang diterima, perlawanan dimulakan agak lambat apabila hujan lebat turun sebelum perlawanan. Padang agak sedikit becak dan pemain-pemain dilihat bermain secara berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

Inii kerana mereka akan memulakan misi merebut piala pertama musim ini iaitu Piala Sumbangsih. Kelantan FC dijadulkan akan bertemu ATM FC di Stadium Bukit Jalil 6 Januari 2013.

Walaupun kekalahan tersebut agak besar tapi bagi saya itu hanyalah satu perlawanan persahabatan bagi menguji pemain. Kekalahan tersebut tidak akan melunturkan semangat saya dan penyokong lain bagi terus memberi sokong padu kepada pasukan The Red Warriors dan kami juga yakin Bojan Hodak mampu meminpin pasukan kita ke arah yang lebih baik.

Sama-sama kita gegarkan Stadium Shah Alam agar piala pertama untuk musim ini akan pulang ke negeri Kelantan.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR