We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, December 17, 2012

BERAKHIRNYA CABARAN KELANTAN FC DI PIALA GABENOR ACHEH

Inilah pemain yang tidak diturunkan kerana kecederaan dan masih penat kerana melangsungkan perkahwinan.

4-2. Itu lah keputusan perlawanan antara Semen Padang FC dan Kelantan FC yang dimenangi oleh wakil Indonesia itu.


Dengan kemenangan tersebut, Semen Padang FC menjuarai Kumpulan B dan mara ke separuh akhir. Bagaimana nasib Kelantan FC dan Brunei DPMM FC yang memungut mata yang sama, jumlah jaringan yang sama dan jumlah yang sama?

Kedua-dua kelab tersebut melalui satu proses pengundian yang telah dijalankan oleh pihak penganjur dan nasib tidak menyebelahi kita apabila Brunei DPMM FC layak ke separuh akhir mengiringi Semen Padang FC.

Berbalik kepada perlawanan tadi, Kelantan FC terlebih dahulu dibolosi oleh pemain import Semen Padang, Edward Wilson Junior pada minit ke 25, sebelum kapten kita, Piya menyamakan kedudukan seminit kemudian.

Semen Padang kembali berada di depan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Obinna menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti. Sekali lagi, Edward Wilson Junior menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit ke 34 dan perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan 2-1 memihak Semen Padang FC.

Bersambung babak kedua, Edward Wilson Junior melakar hatrik apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit 62 menjadikan kedudukan 3-1. Pertahanan Kelantan dihukum buat kali ke 4 apabila Rizal menjaringkan gol ke 4 bagi Semen Padang pada minit ke 64. Kelantan FC tidak patah semangat dan berjaya menambah satu gol melalui Petratos 4 minit kemudian untuk menjadikan keputusan perlawan 4-2. Kedua-dua pasukan meneruskan asakan bagi menambah jaringan tapi tidak berhasil. Tamat perlawanan Kelantan FC tewas 4-2.

Sememangnya nasib tidak menyebelahi kita tetapi tidak mengapa. Kita boleh mencuba untuk tahun yang akan datang. Semoga kejohanan ini memberi banyak pengajaran kepada pemain dan jurulatih Kelantan FC bagi meningkatkan mutu permainan Kelantan FC selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR