Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 30, 2012

TUBUH KELAB PEMINAT TRW DI LONDON


Semalam (30/12/2012), Tan Sri Anuar Musa telah merasmikan suatu majlis yang julung kali diadakan oleh sebuah pasukan bola sepak negeri.


Beliau bersama beberapa staff TRW telah merasmikan majlis penubuhan Kelab The Red Warriors di Kota London. Ini adalah satu kebanggaan bagi sebuah pasukan negeri seperti Kelantan FC yang telah memiliki kelab penyokong di luar Malaysia dan tidak mustahil perkara ini akan dituruti oleh pasukan dan kelab bola sepak Malaysia yang lain.


Tan Sri juga telah bertemu dengan bekas pemain bola sepak Malaysia yang juga Penasihat Global di Blackburn Rovers FC, Shebby Singh. Tan Sri telah menandatangani satu memorendum pertukaran pemain remaja antara kedua-dua kelab. Ini akan meningkatkan lagi kekuatan dan menambah pengalaman baru kepada pemain muda Kelantan FC.

Dengan penubuhan kelab penyokong ini, Kelantan FC pastinya akan lebih terkenal dan tidak mustahil akan menjadi tumpuan dunia.

Terima Kasih kepada Tan Sri Anuar Musa yang tidak jemu mencari buah fikiran untuk meningkatkan mutu bola sepak Kelantan. Semoga perjuangan Tan Sri ini akan diberkati dan dirahmati Allah.

Gomo Merah Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR