We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, December 10, 2012

PERINGKAT KUMPULAN TIADA MASALAH-JADUAL PERLAWANAN DISERTAKAN

Undian bagi kumpulan Piala AFC telah dilakukan di Kuala Lumpur. Kelantan dilihat tidak menghadapi masalah untuk melepas peringkat kumpulan apabila diundi bersama kelab Ayeyawady dari Myanmar, SHB Da Nang (Vietnam) dan Maziah Sports & Recreation Club dari Maldives.



Manakala Selangor, yang melakukan penampilan ketiga dalam kejohanan itu, berada dalam Kumpulan H bersama juara liga Singapura Tampines Rovers, Kingfisher East Bengal (India) dan pasukan Saigon Xuan Thanh dari Vietnam.

Sebanyak 32 pasukan dalam lapan kumpulan akan berentap dalam format round-robin yang bermula 5 Mac hingga 1 Mei depan.

Selepas pusingan pertama, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua 16 pasukan dalam format kalah-mati pada 14 dan 15 Mei.

Dalam pada itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak percaya pasukannya akan layak ke pusingan kedua bersama SHB Da Nang.

“Saya percaya Da Nang dan Kelantan mempunyai apa yang diperlukan untuk melangkah ke pusingan kedua tetapi saya juga tidak menolak peluang pasukan Ayeyawady,” katanya seperti dipetik dalam laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.

Hodak kini berada di negaranya, Croatia, di mana beliau sedang mengikuti kursus kejurulatihan UEFA pro diploma.

Jurulatih berusia 41 tahun itu berkata mereka perlu berhati-hati dengan pasukan Ayeyawady selepas mereka kalah 1-3 pada perlawanan timbal balik pada saingan Piala AFC di Myanmar tahun lepas.

“Secara jujur, saya tidak tahu apa-apa mengenai pasukan Maziah tetapi tiada pasukan yang calang-calang dalam kejohanan ini,” katanya yang membantu Kelantan layak ke suku akhir pada tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati serta berwaspada dengan pasukan itu ketika melakukan kunjungan ke Maldvies nanti.

Senarai Kumpulan G dan Jadual Perlawanan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR