We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, December 12, 2012

KIJANG RATAH KENARI

 Norfarhan meraikan jaringan keduanya bersama Petratos ketika mengalahkan Kedah di Kota Bharu tadi.

Pertembungan 2 juara Treble pada malam ini sememangnya amat berat sebelah apabila tuan rumah, Kelantan FC mudah menewaskan Kedah dengan keputusan 4-1 malam tadi (12/12/12).


Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Muhammad ke 4 itu dipenuhi oleh penyokong setia Kelantan FC. Mereka memenuhi setiap ruang stadium bagi melihat pasukan Kelantan FC beraksi menentang Jaguh Utara, Kedah.

Kelantan FC menurunkan barisan terkuat iaitu Sharizan, Zairul Fitri, Nik Shahrul Azim, Daudsu, Nwaneri, Piya, Petratos, Kieta, NorFarhan, Indra Putra dan Nantha kumar.

Tepat jam 8.45 malam, separuh masa pertama dimulakan. Kelantan FC dan Kedah mengatur serangan bagi mencari gol pembukaan. Pada minit ke 7, pertahanan Kedah menghadiahkan gol kepada Kelantan FC apabila menjaringkan gol sendiri. Kelantan FC menambah jaringan apabila Farhan mudah menewaskan penjaga gol Kedah untuk keputusan 2-0 pada minit ke 18 perlawanan. Petratos mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke 22 apabila dia menyambut bola muntah hasil sepakan percuma Piya. Tidak cukup dengan keputusan 3-0, Kelantan FC menambah derita Kedah apabila seorang lagi pemain import Kelantan, Kieta menyumbat gol keempat. Keputusan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Jurulatih merangkap pengurus Kelantan FC, Bojan Hodak membuat pertukaran besar-besaran apabila memasukkan Zairo, Faiz, Izuan, dan Kcira. Mereka menggantikan Piya, Petratos, Zairul Fitri, Obina, Nik Shahrul dan Farhan. Kelantan FC kelihatan tidak bermaya dan kurang berbisa pada separuh masa kedua. Ini terbukti apabila Kedah berjaya merapatkan kedudukan 4-1 pada minit ke 81 hasil jaringan Faizal Abu Bakar.

Ini adalah kemenangan kedua Kelantan FC dalam perlawanan persahabatan pra musim 2013. Pada perlawanan sebelum ini, Kelantan FC menewaskan Perlis 5-1 di stadium yang sama. Selepas ini, mereka akan berkunjung ke Acheh, Indonesia bagi menyertai pertandingan Piala Gabenor Acheh yang akan bermula 16/12 ini.

Kelantan FC akan ditemani Selangor pada pertandingan tersebut.

Semoga Kelantan FC akan menjuarai pertandingan tersebut. Sama-sama kita saksikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR