We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, December 12, 2012

SIAPAKAH JORDI PEREZ?

Jordi Perez merupakan salah seorang penyokong setia Kelantan FC dari luar negara. Dia yang berasal dari Barcelona, Sepanyol itu amat meminati pasukan Kelantan FC.



Jordi Perez juga pernah datang ke Kelantan semata-mata untuk bercuti bersama-sama rakan facebooknya yang berasal dari kelantan. Melalui rakan facebooklah dia mengetahui tentang Kelantan dan bermula dari situ dia meminati pasukan Kelantan. Perkara yang paling indah bagi Jordi ketika berjalan-jalan di Kelantan ialah dia diperhatikan dan disapa oleh setiap orang Kelantan yang ditemui apabila dia bersiar sambil memakai jersi Kelantan, sehingga  dia memilih memakai jersi Kelantan dalam tempoh harinya berada di Kelantan malah dia turut bangga menjadi sebahagian penyokong Kelantan dengan mengucapkan " I'm proud to be Kelantanese".



Menurut beliau, Barca dan Kelantan FC mempunyai corak permainan yang hampir sama dan itu lah yang mendorong beliau untuk menyokong Kelantan FC.Untuk musim 2013, Jordi akan kekal di Kelantan selama setahun bagi memberi sokongan dan menyaksikan Kelantan beraksi.


Jordi juga memberitahu bahawa dia meminati dan mengikuti bolasepak Kelantan sejak di Barcelona lagi selain rakan-rakannya sebagai pendorong bagi Jordi mengenali pasukan Kelantan dengan lebih dekat lagi sehinggalah dia berjaya menjejakkan kakinya buat kali pertama di atas padang stadium Sultan Muhammad ke 4 walaupun dia hampa tidak dapat menyaksikan pemain yang diminatinya Norshahrul Idlan Talaha beraksi kerana silap mengatur jadual penerbangan dengan jadual perlawanan Kelantan 12 februari ini. Namun bagi Jordi Perez yang sudah biasa melihat aksi Messi, Puyol, Xavier Hernandes, David Villa dan semua pemain Barcelona bertekad akan meluangkan masa lagi untuk menyaksikan perlawanan Kelantan Julai ini.

Saya sebagai penyokong Kelantan FC amat  berbangga kerana mempunyai penyokong yang berada jauh di luar negara. Selain itu, Jordi memakai jersi The Red Warriors dari lapangan terbang Kota Bharu ke LCCT Kuala Lumpur, dari LCCT Kuala Lumpur ke London dan dari London ke Barcelona. Untuk pengetahuan, Jordi terpaksa menaiki kapal terbang ke London kerana Air Asia masih belum ada laluan terus ke Sepanyol.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR