We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, December 7, 2012

TUTUP PERLAWANAN TERKHIR DENGAN KEKALAHAN

Inilah pemain yang diturunkan pada pagi Khamis lalu. 
Belakang dari kiri : De Gea. Jones, Powell, Welbeck, Wotton, Smalling
Hadapan dari kiri : Buttner, Rooney, Giggs, Cleverly, Hernandez

Itulah yang berlaku kepada Manchester United apabila tewas 0-1 kepada CFR Cluj dari Romania. Jaringan pada minit ke 56 itu sudah cukup untuk memberi 3 mata kepada Cluj namun tidak dapat melayakkan diri ke pusingan kedua.


Pada perlawanan semalam, Sir Alex menurun campuran pemain muda dan pemain senior untuk perlawanan terakhir kumpulan H, Liga Juara-juara musim ini. Van Persei dan beberapa pemain senior tidak diturunkan supaya mereka dapat rehat bagi menghadapi perlawanan getir menentang jiran tetangga, Manchester City di Ettihad Stadium, Ahad ini.

Walaupun tewas, Man. United kekal mendahului kumpulan dengan 12 mata berbanding Galatasaray dan Cluj yang berkongsi 10 mata. Kekalahan semalam juga telah meleburkan rekod tanpa kalah United di gelanggang sendiri bagi saingan Liga Juara-juara ini.

Perlawanan semalam sangat menarik apabila kedua-dua pasukan bersemangat untuk menjaringkan gol bagi memenangi perlawanan. Beberapa percubaan berjaya ditepis. Akhirnya separuh masa pertama berkesudahan 0-0.

Masuk separuh masa kedua, skrip yang sama ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan tetapi nasib menyebelahi Cluj. Bola rembatan dari luar kotak penalti tidak mampu ditolak keluar oleh De Gea. Keputusan 1-0 itu kekal sehingga akhir perlawanan. Walaupun menang, Cluj tidak berjaya menempatkan diri ke pusingan kalah mati apabila Galatasaray lebih bernasib baik.

Setelah tamat perlawanan semalam, maka tamatlah saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah musim 2012-2013. Saingan Liga Juara-juara ini teruskan pada pusingan kedua yang menggunakan format kalah mati. Setiap pasukan yang layak akan melalui proses pengundian yang akan diumumkan nanti.

Berikut adalah statistik perlawanan dan kedudukan dalam kumpulan.


Match statistics
Man. United                                          CFR CluJ
       11        ATTEMPTS ON TARGET   4
       13        ATTEMPTS OFF TARGET   5
         1              YELLOW CARDS           2
         0                  RED CARDS           0
         8          FOULS COMMITTED        12

Group H

HomeAwayTotal
ClubsPWDLWDLWDLFA+/-Pts
1Manchester United FC Manchester United FC620120140296312
2Galatasaray AŞ Galatasaray AŞ611120131276110
3CFR 1907 Cluj CFR 1907 Cluj610221031297210
4SC Braga SC Braga6003102105713-63



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR