We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, December 25, 2012

MENERIMA KUNJUNGAN NEWCASTLE UNITED


Selepas seri 1-1 sama dengan Swansea City bagi perlawanan ke 18, Manchester United meneruskan perlawanan ke 19 dengan menentang Newcastle United di Old Trafford, 11.00 malam ini (26/12/2012).
Manchester United
Perlawanan malam ini amat penting bagi pemain Manchester United dan Sir Alex Ferguson. Setelah kehilangan 2 mata pada perlawanan lalu, perlawanan malam ini harus ditamatkan dengan kemenangan bagi terus menjarakkan mata dengan jiran setempat Manchester City. Skuad Sir Alex agak tempang dengan beberapa pemain masih dilanda kecederaan termasuk Kagawa, Nani dan Anderson. 

Rooney pasti dikawal ketat oleh Colocini pada perlawanan malam ini.

Penurunan prestasi juga amat membimbangkan apabila Valencia kurang menyerlah ketika seri dengan Swansea. Rooney juga turut dikritik hebat oleh Sir Alex apabila melepaskan banyak peluang dan kurang menyengat ketika perlawanan lalu.

Newcastle United
Pasukan The Magpies ini masih manis dengan kemenangan menewaskan QPR 1-0 pada perlawanan lalu dan pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan bagi menambah pungutan mata. Tetapi hasrat mereka mungkin sedikit terbantut apabila turut dilanda kecederaan pemain seperti Ben Arfa, Cabaye, Steven dan Ryan Taylor.

Mereka terpaksa menaruh harapan kepada beberapa pemain muda dan ini mungkin memberi sedikit kebimbangan kepada Padrew yang amat menginginkan kemenangan ditempat lawan setelah hanya mampu seri dan kalah pada 8 perlawanan di tempat lawan.

Rekod Pertemuan di Old Trafford musim 2012
Piala Capital Man. United 2-1 New. United
EPL Man. United 1-1 New. United 

Barisan Kesebelasan Utama Malam ini 
De gea
Ferdinand
Vidic
Jonas
Evra
Carrick
Cleverly
Young
Rooney
Welbeck
Van Persie

Ramalan Keputusan 
Man. United 2-0 New. United.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR