We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, November 30, 2012

RED DEVILS BERKUNJUNG KE STADIUM MEMBACA


Pada jam 1.30 pagi nanti (1/12/2012), Manchester United akan berkunjung ke Madejski Stadium untuk bertemu pasukan tuan rumah, Reading bagi perlawanan ke 15 Liga Perdana Inggeris. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Astro Supersport 3 saluran 817.


Manchester United pastinya menginginkan kemenangan bagi meneruskan penguasaan pada kedudukan teratas liga jika menewaskan Reading di arena lawan. Tetapi kehadiran United diselubungi dengan kecederaan dan kerisauan. United akan turun tanpa 2 pemain sayap kanan yang masih dibelenggu kecederaan iaitu Valencia dan Nani. United juga kehilangan sayap kiri, Giggs yang   dibelenggu hamstring dan tidak pasti dapat diturunkan atau tidak. Jadi, jika tiada pemain sayap, Sir Alex akan menggunakan formasi diamond yang telah banyak membantu dalam kejayaan United setakat ini.

Di bahagian pertahanan dan serangan, Sir Alex tidak menghadapi sebarang masalah kerana kesemua pemain dapat beraksi kecuali Vidic yang masih dalam proses pemulihan. Saya beranggapan Sir Alex akan menurunkan pemain muda pada bahagian tengah, seperti perlawanan menentang West Ham. Cleverly dan Anderson menjadi tunjang pada bahagian tengah United dan mereka mampu melaksana tugas yang diberikan dengan baik.

Tetapi apa yang merisaukan kem United adalah prestasi United ketika berkunjung ke tempat lawan. Kekalahan kepada Nowich memberi impak yang amat mendalam kepada pemain dan jurulatih. Jadi, mental pemain harus kuat dan yakin United mampu menumpaskan Reading pagi nanti.

Reading pula pastinya ingin menumpaskan United bagi mengeluarkan pasukan mereka dari zon penyingkiran. Tewas kepada Villa pada perlawanan yang lepas pastinya ingin dibalas dan mereka pasti bangkit bagi membuktikan mereka layak untuk bermain di liga perdana ini selepas berjaya naik dari liga kejuaraan. Reading akan menurunkan pemain utama mereka pada setiap bahagian bagi memberi saingan kepada United.

Barisan kemungkinan :

GK : Lindergard
DF : Rafael
DF : Evans
DF : Smalling
DF : Evra
MID : Cleverly
MID : Carrick
MID : Scholes
FW : Rooney
FW : Van Persie
FW : Chicarito
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR