We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, December 26, 2012

SERI 0-0 PADA PERTEMUAN KEDUA

Inilah kesebelasan utama Kelantan FC ketika bertemu Kedah bagi perlawanan persahabatan kedua

Kedah dan Kelantan terikat tanpa jaringan hingga ke wisel penamat ketika bertemu dalam satu perlawnan persahabatan yang berlangsung malam tadi di Stadium Darul Aman Alor Setar.

Kedah memulakan serangan awal dengan menguji gawang Kelantan dengan satu hantaran jauh selepas sepak mula, yang berjaya disambar oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. 

Bermain dengan rentak yang agak perlahan, Kelantan turun dengan menguji dua pemain importnya, Keita Mandjou dan Diitri Petratos yang berada dalam kesebelasan utama. Tidak banyak percubaan-percubaan merbahaya terhasil dalam separuh masa pertama perlawanan dan kebanyakan percubaan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan adalah dari gerak serangan balas. 

Dua sepakan percuma di luar kotak penalti Kedah gagal memberi kelebihan jaringan kepada Kelantan. Sepakan pertama yang diambil oleh Indra Putra tersasar dari pintu gol manakala sepakan kedua oleh Badri Radzi, walaupun berjaya melepasi benteng pertahan, dapat diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Kedah.

Kedah pula turun dengan lebih yakin berbanding dengan perlawanan di Kota Bharu, dengan kembalinya dua pemain kebangsaan mereka, Baddrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan seorang pemain import mereka, Nelson San Martin. Chayene Santos tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Baddrol banyak membantu Kedah merancang serangan ke kubu Kelantan melalui beberapa hantaran yang cantik ke jentera serangan.

Keseluruhan perlawanan adalah seimbang. Pertukaran-pertukaran pemain yang dibuat oleh kedua-dua pasukan di separuh masa kedua, gagal mengubah kedudukan jaringan.

Kedah akan menanti ketibaan pasukan Selangor untuk siri perlawanan persahabatan mereka seterusnya pada 30 Disember di Alor Setar. Pada tarikh yang sama, Kelantan dijadual menamatkan kempen pra musim, bertemu Sime Darby FC di Pulau Pinang.

Kesebelasan utama Kelantan:

Khairul Fahmi (PG), Nik Shahrul, Nanthakumar, Indra Putra, Daudsu, Badri Radzi (KP), Rizal, Keita Mandjou, Dimitri Petratos, Haris Safwan, Shakir Shaari



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR