We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 30, 2012

BERTEMU SIME DARBY-ULANGAN FINAL PIALA FA 2012


Kelantan FC meneruskan perlawanan persahabatan pra musim 2013 dengan menguji kembali seteru yang ditewaskan ketika Final Piala FA 2012 yang lalu iaitu Sime Darby FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini.


Pada perlawanan malam ini, Sime Darby akan turun tanpa tonggak import mereka pada musim ini iaitu Patrick Ronaldinho yang telah berhijrah ke PKNS FC. Mereka telah menandatangani dua pemain import baru iaitu Karlo Primorac (penyerang) dan Goran Perak (tengah). Kedua-dua pemain import mereka ini berasal dari Crotia. Adakah keputusan yang sama akan berulang seperti final piala fa yang lalu?

Karlo Primorac

Sebelum perlawanan ini, Kelantan FC telah bertemu Kedah dan keputusan berkesudahan seri 0-0. Pualau Pinang pula telah ditewaskan oleh Kelantan FC 4-0 dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Pulau Pinang.

Keputusan pada perlawanan malam ini adalah tidak penting tetapi ia akan menjadi alat pengukur bagi jurulatih, Bojan Hodak memilih kesebelasan utama yang akan menggalas tanggungjawab membawa pulang piala pertama musim ini, piala sumbangsih.

Penyokong yang berada di bahagian utara boleh la berkunjung ke Stadium Bandaraya bagi menyokong pasukan kesayangan kita. Tiket boleh didapati dengan harga RM 5 bagi terbuka dan RM 10 bagi astaka. Siaran langsung tidak disediakan.

Selepas perlawanan ini, Kelantan FC akan pulang ke bagi mempersiapkan diri untuk perlawanan sumbangsih bertemu ATM di Stadium Shah Alam, Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR