We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, December 15, 2012

PREVIEW MANCHESTER UNITED VS SUNDERLAND


Pada jam 11.00 malam ini (15/12/12), pendahulu liga perdana Inggeris akan bertemu dengan pasukan di tangga ke 15 bagi perlawanan ke 17 liga.
Perlawanan yang akan disiarkan di ESPN saluran 812 itu dijangkan sengit kerana kedua-dua pasukan berada dalam tahap yang terbaik. Manchester United masih manis dan gembira dengan kemenangan menewaskan City pada minggu lalu. Sunderland pula berjaya menewaskan Reading dengan keputusan 3-0 dan ini berjaya menjarakkan mereka dari zon penyingkiran.

Selain itu, perlawanan malam ini juga amat dinantikan oleh peminat dan pemain. Ini kerana mereka ingin membalas dendam kepada penyokong Sunderland. Pada penghujung liga musim lepas, penyokong Sunderland bersorak apabila mengetahui United tidak berjaya merangkul Piala Liga Perdana Inggeris buat kali ke 20.

Perkara tersebut juga menyentuh perasaan Sir Alex. Dia tidak menyangka, penyokong Black Cat sanggup melakukan perbuatan tersebut kepada United sedangkan United pernah meminjamkan beberapa pemain kepada mereka sehingga mereka berjaya layak ke liga perdana.

Nampaknya, malam ini hanya kemenangan dikehendaki oleh United dan Sunderland pasti akan dibelasah cukup-cukup kerana tindakan tersebut.

Mengikut laporan, Nani, Kagawa dan Vidic telah cergas sepenuhnya dan dapat diturunkan malam ini. Ini membuatkan Sir Alex mempunyai banyak pilihan malam ini dan formasi yang sesuai bagi memberikan kemenangan ke 14 musim ini. Kemenangan itu juga akan meletakkan United kekal 6 mata dengan tempat kedua, City itu pun jika City berjaya menjinakkan Newcastle. Jika berjaya menewaskan Newcastle, jarak mata antara City dengan United akan menjadi 3 mata kerana City memulakan perlawanan pada jam 8.45 malam ini. Jika kalah, 6 mata kekal dan jika Sunderland dikalahkan, 9 mata menjadi jurang mata antara kedua-dua pasukan.

Sama-sama kita saksikan United membelasah Sunderland di Old Trafford.

Barisan kemungkinan

De Gea
Rafael
Ferdinand
Vidic
Evra
Valencia
Carrick
Kagawa
Young
Rooney
Van Persie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR