We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, December 26, 2012

BERTEMU REAL MADRID DI PUSINGAN KEDUA

Ronaldo dan Rooney akan menggetuai pasukan masing-masing bagi saingan peringkat kedua Liga Juara-juara Eropah 2012/2013

Pada pukul 6.30 petang Khamis (20/12/2012), undian pusingan kedua Liga Juara-juara Eropah musim 2012/2013 telah diadakan di Switzerland. Undian tersebut melibatkan 16 pasukan yang telah berjaya melepasi peringkat kumpulan.


Sebelum undian dilakukan, 16 pasukan ini terlebih dahulu diletakkan dalam 2 kumpulan berbeza. Kumpulan pertama terdiri daripada pendahulu setiap kumpulan dan kumpulan kedua terdiri daripada pasukan yang berada di tangga kedua kumpulan.

Akhirnya siapa lawan pada peringkat pusingan ke 2 diketahui apabila Manchester United akan bertemu dengan Real Madrid. Nampaknya Ronaldo akan kembali ke Old Trafford dan Sir Alex dan Mourinho akan kembali bersaing.

Ramai yang menjangkakan dan menginginkan keputusan undian antara dua kelab ini. Ini kerana mereka ingin menyaksikan perlawanan menarik dari dua kelab terbaik bagi negara masing-masing.

Jika dilihat pada kemampuan kedua-dua pasukan, boleh dikatakan peratusannya adalah 50-50. Kedua-dua pasukan boleh layak jika mengambil peluang dan kurang membuat kesilapan.

Apa yang menarik tentang pertemuan ini adalah pertemua antara anak dan ayah. Ronaldo menganggap Sir Alex seperti ayah. Bagaimana pula sambutan penyokong terhadap Ronaldo? Adakah dia akan dicemuh atau akan disambut sebagai bekas wira United.

Kedua-dua kelab ini pernah bertemu pada kejuaraan yang sama pada tahun 2003 di mana United ditewaskan oleh Real Madrid dengan aggregat 6-5. Diharap United dapat membalas dendam pada perlawanan nanti.

Apa pun semua itu akan terjawab bulan Februari nanti di mana Real Madrid akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama 13 Februari nanti. Saya yakin kehebatan pemain United akan memastikan United layak ke pusingan yang seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR