We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, December 11, 2012

SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA DI SHAH ALAM

Pada malam esok (Jumaat; 13 Mei), Pahlawan Merah akan bertarung dengan Gergasi Merah Kuning di Stadium Shah Alam bagi perlawanan pertama separuh akhir Piala FA bagi musim 2011.


Perlawanan tersebut semestinya akan menjanjikan perlawanan yang sengit dan permainan yang menarik pasti akan dipamerkan oleh kedua2 pasukan yang sekarang berada di tangga pertama dan kedua liga super.

Selangor mempunyai azam yang sangat tinggi iaitu membalas dendam di atas 2 kekalahan sebelum ini kepada Kelantan dalam saingan liga super. Selangor juga ingin membalas dendam terhadap Kelantan kerana telah menyingkirkan mereka pada peringkat suku akhir piala fa pada musim lalu. Banyak juga dendam yang ingin dibalas oleh Selangor tetapi adakah mampu direalisasikan oleh pemain mereka? Soalan itu akan terjawab pada malam esok.

Beralih pula kepada pasukan Kelantan. Pahlawan Merah amat mengharapkan kemenangan untuk membawa bekal yang selesa ke tempat sendiri pada 16 Mei nanti. Banyak gol yang harus dihasilkan supaya Gergasi Merah Kuning tidak mampu berbuat apa2. Apa yang perlu dilakukan oleh pemain adalah berikan sepenuh semangat dan kekuatan untuk menewaskan Selangor dan seterusnya melangkah ke final Piala FA.

Pasukan Kelantan hendaklah melupakan keputusan seri yang dicatat di paroi dan lupakan juga peristiwa pembakaran bendera yang dilakukan oleh penyokong N.9 itu. Biar penguatkuasa dan FAM yang menjatuhkan hukuman kepada Penyokong tersebut.

Saya amat berharap pemain Kelantan akan buat yang terbaik supaya dapat menjulang piala FA buat kali pertama bagi negeri Kelantan. Semoga setiap penyokong Kelantan akan mendoakan kejayaan pasukan nanti.

gomo kelate gomo.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR