We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 16, 2012

BERTEMU SEMEN PADANG UNTUK LAYAK KE SEPARUH AKHIR


Setelah diikat seri 1-1 oleh wakil Liga Singapura, Brunei DPMM, Kelantan FC meneruskan cabaran dalam kejohanan Piala Gubenor Acheh menentang Juara Indonesia Premier Leauge, Semen Padang pada jam 5.00 petang ini.
Jika dilihat pada kedudukan liga Kumpulan B, Kelantan FC hanya memerlukan seri untuk layak ke pusingan separuh akhir. Tetapi Kelantan FC harus berwaspada kerana Semen Padang FC telah membuktikan kejaguhan mereka apabila berjaya menewaskan Brunei DPMM FC dengan keputusan 4-2 pada pelawanan pertama kumpulan.


Pemain yang harus diberi perhatian oleh pertahanan Kelantan FC pada petang ini ialah penyerang muda
Indonesia, Titus Bonai yang telah menjaringkan 3 gol ketika menewaskan Brunei DPMM FC. Kelincahan dan kepantasannya pasti akan memberi banyak masalah kepada pertahanan Kelantan FC dan pemain pertahanan harus bersedia dengan keadaan ini.

Semoga Kelantan FC berjaya melangkah ke separuh akhir dan seterusnya menjuarai kejohanan ini buat kali pertama.

Barisan Pemain pilihan Gomo Merah:

Sharizan
Obinna
Kcira
Nik Shahrul Azim
Daudsu
Piya
Farhan
Indra
faiz
Petratos
Kieta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR