We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, December 26, 2012

MAN. UNITED BUAT 'COMEBACK'


Mendebarkan, menyeramkan dan mengembirakan. Itulah perasaan saya ketika menyaksikan perlawanan antara Manchester United dan Newcastle United sebentar tadi. Kemenangan berpihak kemenangan berpihak kepada United dengan keputusan 4-3.


Dengan keputusan tersebut, United kekal di persada liga dengan mengumpul 46 mata, 7 mata mengatasi Manchester City yang tewas mengejut kepada Sunderland 1-0.

Sir Alex melakukan kejutan awal apabila menyenaraikan hampir 90% pemain yang berumur terutamanya Giggs dan Scholes. Ferdinand juga telah disenaraikan semula untuk kesebelasan utama dan Smalling menggantikan Jones yang kurang berkesan ketika bertemu Swansea City. Seperti biasa, Carrick dan Valencia diletakkan pada bahagian tengah bagi membantu bahagian serangan. Bahagian serangan juga berubah apabila Rooney, Welbeck dan Young tidak dapat diturunkan kerana kecederaan. Ini memaksa Sir Alex menggandingkan Van Persei bersama Hernandez bagi menentang The Magpies malam tadi.

Apabila dilihat kepada senarai kesebelasan utama, saya sedikit kurang berkeyakinan kerana Newcastle mempunyai ramai pemain muda dan penyerang mereka juga amat pantas.

Pada separuh masa pertama tadi, United ketinggalan seawal minit keempat apabila rembatan yang ditahan De Gea disambar oleh Perch untuk gol pertama perlawanan. Pada minit ke 25 minit, Evans mengambil kesempatan dengan kekalutan di depan pintu gol untuk gol pertama United. Kerana terlampau memberi ruang yang banyak kepada bahagian serangan Newcastle, pada minit ke 29, Evans tertampan bola ke gawang sendiri untuk gol kedua bagi pihak lawan.

Tetapi gol tersebut menjadi kontroversi apabila penjaga garisan mengangkat bendera bagi menunjukkan ada pemain Newcastle yang offside. Setelah dibuat perbincangan dengan pengadil perlawanan, Mike Dean, gol tersebut disahkan dan ditentang oleh pemain-pemain United. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada Newcastle.

Bersambung separuh masa kedua, United mendapat suntikan semangat apabila Evra merembat kencang untuk gol penyamaan United pada minit ke 58 perlawanan. Tetapi gol ini tidak mematahkan semangat Newcastle yang berjaya berada didepan buat kali ke 3 apabila Cisse berjaya merembat kencang untuk gol ke 5 perlawanan pada minit ke 68.

Asakan yang bertali arus dari serangan United berjaya menyamakan kedudukan 3 minit kemudian apabila Van Persie bijak mengambil peluang didepan pntu gol untuk menewaskan Krul buat kali ke 3 malam ini untuk keputusan 3-3. Sir Alex membuat perubahan dengan memasukkan Cleverly menggantikan Scholes untuk menguatkan bahagian tengah bagi menjana serangan untuk menghasilkan gol kemenangan. Pertukaran tersebut sememangnya berhasil apabila Hernandez yang tidak dikawal berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90 perlawanan.

Inilah gol kemenangan yang dijaringkan oleh Hernandez pada minit ke 90 perlawanan.

United sekali lagi membuat come back untuk memenangi perlawanan dan perlawanan malam ini diadakan dalam keadaan padang yang basah akibat hujan.

Dengan kemenangan ini, United terus kukuh dipersada liga dan harus menewaskan West Bromwich untuk terus kekal di pincak liga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR