We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 16, 2012

KELANTAN FC BERTEMU BRUNEI DPMM DI ACHEH


Kelantan FC akan turun malam ini (jam 9.00 malam) bertemu Brunei DPMM bagi kejohanan Piala Gubenor Acheh 2012 yang diadakan di Stadium Harapan Bangsa.


Ini adalah pertemuan pertama bagi kedua-dua kelab. Kelantan FC dilihat berkelebihan untuk menang kerana pemain-pemain Brunei DPMM pastinya penat setelah bermain semalam bertemu pasukan Indonesia, Semen Padang FC. Pasukan Brunei DPMM tewas 2-4 kepada Semen Padang FC pada aksi pertama kumpulan B bagi kejohanan ini.


Pemain Kelantan dilihat mempunyai semangat dan moral yang cukup tinggi selepas menampilkan aksi bertenaga dan berjaya menewaskan beberapa pasukan dalam aksi persahabatan sebelum ke Banda Aceh ini.

Kelantan juga mempunyai kelebihan dari segi kekuatan pemain kerana pemain Brunei DPMM mungkin sudah keletihan akibat terpaksa beraksi dalam dua perlawanan dalam tempoh 24 jam.

Perlawanan antara juara liga super Malaysia dan wakil liga Singapura ini tidak disiarkan secara langsung melalui televisyen Malaysia atau pun live streaming.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR