We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, December 5, 2012

PERLAWANAN TERAKHIR LIGA JUARA-JUARA


Pada pagi esok, tepat jam 3.45 pagi waktu Malaysia, Manchester United turun menentang lawan terakhir dalam kumpulan H iaitu CFR Cluj di Old Trafford. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport (811) dan juga live streaming.


Turun tanpa tekanan kerana telah layak, Sir Alex sekali lagi dijangka akan menurun majoriti pemain muda bagi menggalas cabaran pada pagi nanti. Menang atau kalah, kedudukan teratas liga tidak tergugat kerana kelebihan 12 mata dimiliki tidak mampu diatasi oleh 2 kelab lain termasuk CFR Cluj.

Pada perlawanan ini, sekali lagi pertahanan Man. United akan menjadi perhatian. Bolos dalam masa 23 minit permainan mungkin menggembirakan pihak lawan tetapi Sir Alex pastinya telah menemui ramuan untuk memperbaiki masalah pertahanan itu. Dilaporkan Sir Alex akan merehatkan Ferdinand dan akan mencuba gandingan baru antara Smalling dan Vidic manakala defend kiri juga bertukar apabila Buttner akan bermain pada kesebelasan utama. Rafael sekali lagi menjadi pertaruhan United untuk menguatkan bahagian kanan yang sedikit longgar dalam perlawanan dengan Reading, hujung minggu lalu.

Bahagian serangan juga pasti akan dirombak oleh Sir Alex. Hernandez dan Welbeck mungkin mengetuai bahagian serangan kerana Rooney dan Van Persie akan disimpan untuk perlawanan derby pertama musim ini bertemu Manchester City hujung minggu ini. Bahagian tengah juga pasti menjadi perhatian apabila ramai pemain senior yang mengalami kecederaan. Jadi, pastinya Cleverly, Powell, Carrick dan Scholes diturunkan untuk mengawal bahagian tengah.

Pada pertemuan pertama menentang Cluj di Romania, Man. United berjaya menewaskan Cluj dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Van Persie. Pada perlawanan tersebut, Cluj mempergunakan kelebihan bermain di laman sendiri apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan sebelum Van Persie menjaringkan 2 gol untuk memberikan 3 mata kepada United.

Matlamat pasukan pada malam ini sangat berbeza. Cluj amat mengharapkan kemenangan bagi mengiringi United ke psuingan kedua jika Galatasaray berjaya ditundukkan oleh SC Braga. United pula hanya ingin memberi pendedahan kepada pemain muda yang amat mengharapkan bermain di kejohanan yang kompetetif seperti Liga Juara-juara ini.

Siapa yang menang dan siapa yang kalah atau seri, sama-sama lah kita saksikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi kesemua pasukan pada pagi nanti.

Saya amat berharap agar walau pemain mana pun diturunkan pada malam ini, saya berharap agar pemain tersebut dapat memberikan komitmen dan menunjukkan mutu permainan yang menarik.

Semoga kejayaan akan menjadi milik United.

Barisan Kemungkinan:

                             De gea

Rafael        Smalling        Vidic       Buttner

       Cleverly      Carrick      Scholes

                            Powell

                 Welbeck        Hernandez

Kumpulan H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR