We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, December 28, 2012

BERITA TERKINI THE RED WARRIORS

Seperti sebelum ini, Gomo Merah melaporkan Berita Terkini The Red Warriors. Berita mengenai stadium keramat, status pemain dan senarai terkini penaja Kelantan FC.


Berita 1:
Stadium Sultan Muhammad Ke 4 yang sebelum ini tidak lulus untuk bermain pada waktu malam untuk musim 2013 akhirnya telah diluluskan oleh pihak FAM selepas pihak stadium bertungkus lumus melakukan kerja naik taraf lampu limpah stadium. Kenyataan ini amat mengembirakan pengurusan dan penyokong Kelantan FC. Antara stadium lain yang dapat digunakan pada waktu malam setakat ini ialah Stadium Shah Alam ( SELANGOR ), Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ( N.SEMBILAN ), Stadium Darul Makmur ( PAHANG ), Stadium Negeri , Kuching ( SARAWAK ), Stadium Darul Aman Alor Star ( KEDAH ) dan Stadium Jalan Besar ( LION XII ).


Berita 2:
Dengan sekali lafaz, penjaga gol Kelantan FC, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek telah mengubah statusnya dari bujang kepada berkahwin pada 28/12/2012. Majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan, Nur Eilunie Natasha Jaafar di Tumpat, Kelantan. Pernikahan Apek dan leuniey berdepan beberapa kontroversi tetapi semua itu tidak menghalang perjalanan majlis pada pagi tadi. Semoga kedua-dua mempelai ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sama putih, sama padan. hehehe

Berita 3:
Senarai penaja bagi skuad Kelantan FC telah dikeluarkan. Ada syarikat lama yang kekal menaja Kelantan FC dan ada syarikat baru yang menaja Kelantan FC. Antara syarikat yang menaja Kelantan FC untuk musim 2013 ialah Masterskill, Maggi, Air Asia, Snickers, Happy, Burger King, Al-Jabbar, Al-Hamradan, Hotlink, Doktor Azizan, Mydin, Syarikat Muda Osman dan jenama yang tersohor di dunia dan telah menaja beberapa kelab di Amerika syarikat, Red Bull.

Red Bull, syarikat minuman terkenal dunia menaja Kelantan FC dan New York Red Bull, pasukan bola sepak di Amerika Syarikat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR