We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, December 18, 2012

ULAT TIKET BERLELUASA DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE 4


Isu "ulat tiket" antara isu besar yang menarik untuk dikupas meskipun saban tahun penyokong Kelantan sering dikhabarkan tentang kaedah penyelesaiannya namun saban tahun juga kegiatan ini masih berleluasa. 
Kita harus melihat isu ini secara positif bukan niat kita untuk meletakkan kesalahan ini kepada KAFA atau pihak lain tetapi kita ingin membongkar kegiatan ini serta melihat jalan penyelesaiannya sebelum sepak mula Liga Super bermula Januari ini.


Laporan akhbar 15 disember menjelaskan keseriusan Tan Sri Haji Annuar Musa dan KAFA dalam menangani isu ini (rujuk), hal ini turut diulas dalam Facebook Tan Sri Hj Annuar Musa seperti berikut;

"Perbincangan khas diadakan bagi menangani isu ULAT TIKET DAN PINTU..turut dihadiri wakil STADIUM dan Pdrm..Ternyata rumit namun beberapa langkah di syorkan:

1)tiket astaka di buka utk PRIORITY di beli secara semusim "on first come first serve"dan rekod pemiliknya di pantau.

2)tidak dibenarkan pegawai ,pemain atau kakitangan kafa membuat atau mengambil tempahan off the counter,melainkan tiket yg di peruntukkan kpd mereka shj

3)selain dari yg di peruntukkan pd penaja,VIP/JEMPUTAN adalah atas dasar NON TRANSFERABLE dan seat reseved based on REQUEST N AVAILABILITY serta FIRST REQUEST FIRST SERVE BASIS

4)cuba diteruskan SISTEM ADVANCE PURCHASE ON LINE.

5)mewujudkan PENYIASAT DAN PEMANTAU BEBAS terutama terhadap ORANG DALAM Dan tapisan di buat terhadap petugas yg di dapati bersubahat.

Itu adalah langkah-langkah penyelesaian yang diperolehi hasil perbincangan yang telah dilakukan oleh pihak KAFA, pihak stadium dan PDRM.

Sebenarnya masalah ulat tiket ini timbul akibat daripada penjualan tiket yang banyak kepada seseorang individu atau penyokong. Ulat tiket ini akan menjual balik tiket tersebut dengan harga yang mahal kepada penyokong yang beratur. Jadi, penyokong yang malas beratur pasti tidak kisah jika terpaksa bayar lebih sedikit dari harga asal yang penting dapat saksikan perlawanan di dalam stadium.

Perkara ini boleh dielakkan jika pihak pengurusan KAFA, stadium atau Polis mengenal pasti individu yang membeli dalam jumlah yang banyak. Mungkin pihak penjualan tiket boleh menetapkan jumlah jualan tiket tersebut kepada seseorang individu bagi mengelak ulat tiket berulang.

Satu lagi, elok jika kamera dipasang di bahagian tiket bagi memantau penjualan tiket oleh ulat tiket. Selain itu, tempatkan seorang pegawai polis yang mengawal di penjualan tiket dan tempat penyokong beratur supaya ulat tiket takut untuk membuat urusniaga dengan penyokong yang sedang beratur.

Yang paling penting sekali. Jika ini diamalkan, pasti tidak akan berlaku ulat tiket. Penyokong yang sedang beratur jangan beli tiker tersebut jika ia dijual lebih mahal. Jika perlu, laporkan kepada pihak polis supaya ulat tiket tersebut dapat ditangkap.

Selain ulat tiket, ada satu lagi masalah yang timbul. Kapasiti penyokong yang berlebihan memasuki stadium. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Adakah pihak stadium tidak mengetahui kapasiti sebenar jumlah penyokong yang dibenarkan memasuki stadium pada satu-satu perlawanan atau berlakunya penjualan balik tiket yang telah diambil ketika penyokong memasuki stadium? Ini kerana pihak stadium tidak mengoyak tiket tersebut dan ini juga boleh menjadi penyebab kenapa stadium dipenuhi penyokong melebihi kapasiti stadium.

Ulat tiket ini harus dihentikan kerana ia hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu yang ingin mendapatkan pendapatan yang haram. Sebagai penyokong yang prihatin tentang perkara ini, kita harus mulakan dengan berjanji untuk tidak membeli tiket dari ulat tiket. Apabila tiket yang dijual tidak laku, saya pasti ulat tiket akan pupus tapi anda, penyokong yang harus membantu menyelesaikan masalah ini.

Semoga tahun hadapan, Stadium Sultan Muhammad ke 4 akan bersih dan zero dari ulat tiket. Sama-sama kita pastikan perkara tersebut berlaku demi kebaikan nama pasukan bola sepan kebanggaan kita, Kelantan FC.

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR