Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 16, 2012

KELANTAN FC DAN BRUNEI DPMM BERKONGSI MATA

Perlawanan pertama Kelantan FC di Acheh berkesudahan seri 1-1 dengan Brunei DPMM FC. Dengan keputusan tersebut, Kelantan FC dan Brunei DPMM FC berkongsi satu mata.
Kelantan FC dilihat lebih berpeluang ke separuh akhir apabila akan turun perlawanan terakhir menentang Semen Padang FC pada pukul 5 petang esok. Keputusan seri atau menang sudah memadai bagi Kelantan FC mengiringi Semen Padang yang telah menjaringkan 3 gol ketika menewaskan Brunei DPMM FC 3-1 pada perlawanan pertama Kumpulan B.

Pada perlawanan tadi, separuh masa pertama tiada gol dijaringkan. Pada babak kedua, Kelantan FC ketinggalan apabila pemain Brunei DPMM FC menjaringkan gol pendahuluan. Petratos menjadi penyelamat Kelantan FC apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Kelantan FC berkongsi mata.

Diharap Kelantan FC akan memenangi perlawanan esok dan berjaya melangkah kepusingan kedua.

Kesebelasan utama :



Shahrizan Ismail (GK),
Obinna,
Nanthakumar,
Daudsu,
Roypy,
Lek Kcira,
Indra,
Piya,
Norfarhan,
Keita Mandjou,
Dimitri Petratos.

Pemain Simpanan @ Rezak :

Syazwan Yusoff (GK),
Tuan Faim,
Khairul Izwan,
Izuan Solahud,
Zamri Ramli,
Zairo Anuar Z,
Harris Safwan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR