We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, December 14, 2012

SESUAI JIKA BERMAIN DENGAN MANCHESTER UNITED


Raheem Sterling, pemain yang sedang meningkat naik dilaporkan belum memperbaharui kontrak dengan Liverpool.

Lagenda Manchester United, Willie Morgan yakin bahawa pemain sayap dari Liverpool, Raheem Sterling sesuai untuk kelab.


Sterling merupakan salah satu pemain dari akademi belia Liverpool dan menyerlah untuk pengurus Brendan Rodgers pada musim ini.

Pasukan Reds telah memulakan kempen dengan skuad yang kurang memuaskan setelah musim perpindahan yang mengecewakan dan Rodgers terpaksa menurunkan pemain yang berusia 18 tahun itu di atas padang Liga Perdana.

Namun, Sterling telah menonjolkan kematangan apabila bersaing dengan pemain yang lebih berpengalaman dan berjaya mengekalkan tempat dalam kesebelasan skuad England yang dibimbing oleh Roy Hodgson.

Digelar sebagai salah satu pemain muda terbaik dalam bola sepak Inggeris, Sterling ditawarkan kontrak lanjutan bersama Liverpool namun dilaporkan telah meminta lebih masa untuk mempertimbangkan tawaran Rodgers itu. Pemain itu kelihatan teragak-agak untuk menghabiskan masa di Anfield dan ia telah menimbulkan dakwaan bahawa beliau mungkin meninggalkan kelab yang telah banyak menolong beliau, ke pasukan lawan seperti Manchester United.

Morgan berkata kepada Akhbar Malam Manchester bahawa beliau amat gembira jika dapat menyaksikan Sterling dalam jersi Red Devils.

"Sterling adalah pemain sayap pertama yang kelihatan matang bagi saya. Beliau menyerlah walaupun masih muda dan saya merasakan bahawa beliau mampu pergi jauh," Morgan menyatakan.

"Beliau mampu mencabar benteng pertahanan dan bakal menjadi prospek paling cerah yang sesuai di United."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR