We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, December 11, 2012

100 JUTA BAKAL MENJADI MILIK KELANTAN FC


Anda pasti terkejut dengan habuan yang diterima bakal diterima Skuad Kelantan FC tapi habuan tersebut hendaklah diperolehi dengan bersyarat.


Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh akan menjadi saksi kekuatan pasukan Kelantan FC.

Syaratnya ialah Kelantan FC harus memenangi Pertandingan Piala Gabernor Acheh 2012 bermula pada 16 Disember ini yang akan dilangsungkan di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh.

Juara Piala Gabernor Acheh 2012 itu bakal menerima wang berjumlah 100 Juta Rupiah ( Rm32 Ribu ) manakala Naib Juara pula berjumlah 75 Juta Rupiah ( Rm23 Ribu ) dan tempat ketiga menerima 50 Juta Rupiah ( Rm15 Ribu ).Pihak penganjur juga akan memberi ganjaran 10 Juta Rupiah kepada pemain terbaik dan penjaring terbanyak pertandingan.

The Red Warriors FC diletakkan dalam kumpulan B dan akan memulakan aksi pada 16 Disember ini menentang kelab dari Brunei iaitu BRUNEI DPMM di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh.

Kumpulan A : Aceh, Makassar United dan Selangor FC
Kumpulan B : Semen Padang, DPMM Brunei Darussalam dan Kelantan FC

Kelantan FC akan menurunkan penyerang import terbaru, Petratos bagi menguatkan bahagian serangan dan menjaringkan gol. Dengan skuad yang dimiliki sekarang, Kelantan FC di bawah bimbingan Bojan Hodak pasti akan membawa pulang hadiah 100 juta rupiah itu.

Sama-sama kita doakan kejayaan Kelantan FC dan jika ada siaran langsung, sama-sama kita berikan sokongan kepada The Red Warriors kita.

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR