We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 30, 2012

KEITA PENGGEMPUR UTAMA - PETRATOS MAIN PIALA AFC


Segalanya sudah terjawab semalam apabila jurulatih a.k.a pengurus pasukan, Bojan Hodak memilih Keita Mandjou untuk bermain sebagai penyerang utama Kelantan FC musim 2013.


Dengan keputusan tersebut, Keita akan bermain pada Liga Super Malaysia dan Piala AFC manakala Petratos akan mewakili Kelantan FC untuk saingan Piala AFC. Seorang lagi pemain import, Kcira juga akan menyertai Petratos dalam saingan Piala AFC. Obinna pula kekal bermain di Liga Super dan Piala AFC.

Pemilihan ini mungkin atas faktor pengalaman Keita Mandjou yang pernah bermain bersama pasukan Perak FA dalam Liga Malaysia suatu ketika dahulu. Ketika bermain bersama Perak, Keita pernah memenangi Anugerah Kasut Emas.

Pada pendapat saya, saya lebih suka Petratos bermain dalam Liga Super Malaysia. Ini kerana dia memiliki kepantasan, skill dan masih muda. Tapi Bojan Hodak adalah seorang jurulatih yang profesional. Beliau lebih bijak dalam menilai pemain yang dimiliki dan tidak mustahil dengan keupayaan yang dimiliki, Keita akan menjadi penyerang terbaik liga malaysia sekali lagi.

Gomo Merah Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR