We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, December 28, 2012

WEST BROMWICH ALBION HALANGAN SETERUSNYA


Pada pukul 11.00 malam esok (29/12/20120, Manchester United akan menerima kunjungan West Bromwich Albion bagi perlawanan ke 20 Liga Perdana Inggeris.


Kedua-dua pasukan berada pada tahap terbaik apabila berjaya mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan sebelum ini. Penyokong United pastinya masih gembira dengan kejayaan mengalahkan Newcastle United dengan keputusan 4-3 di Old Trafford. Perlawanan yang mendebarkan kerana United ketinggalan tiga kali sebelum berjaya meraih kemenangan hasil jaringan Hernandez pada minit akhir perlawanan.

West Bromwich pula berjaya menundukkan QPR di gelanggang lawan dengan keputusan 2-1. Pasukan ini pernah menduduki tangga ke 4 liga pada permulaan musim 2013 dan sekarang berada di tangga ke 6 liga. Pasukan ini mempunyai pemain yang cukup berbahaya seperti Shane Long, Peter Odemwingie dan pemain pinjaman dari Chelsea, Lukaku yang boleh meranapkan harapan United bagi mendapatkan 3 mata di laman sendiri.

Pada perlawanan malam esok, pasukan United akan berlaku sedikit rombakan berbanding kesebelasan ketika menentang Newcastle pada perlawanan lepas. Young dan Welbeck dijangka dapat diturunkan bagi menguatkan bahagian tengah dan serangan manakal Hernandez dan Van Persie pastinya akan digandingkan semula apabila Rooney dilaporkan terpaksa berehat selama 2-3 minggu bagi memulihkan kecederaan yang dialami. Kagawa pula akan berada di bangku simpanan dan pastinya akan diturunkan selepas mengalami kecederaan panjang pada bahagian luntutnya ketika membantu United dalam saingan Liga Juara-juara yang lalu.

Pasukan West Bromwich Albion juga dilanda kecederaan pemain apabila pemain tengah dan pemain pertahanan mereka dilanda kecederaan. Mulumbu, Olson, Reid antara pemain yang dilanda kecederaaan.

Mengikut rekod pertemuan musim lalu, United berjaya menewaskan West Bromwich dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Rooney. Jika dilihat rekod pertemuan pada musim sebelum ini, West Bromwich boleh dikatakan antara pasukan yang agak sukar ditewaskan dan mereka juga berjaya menjaringkan gol ketika berhadapan dengan United.

Apa yang pasti, Sir Alex akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi meraih 3 mata bagi terus kekal di persada liga sebelum masuk tahun baru. Saya menjangkakan perlawanan sengit akan berlangsung esok dan sama-sama kita saksikan kehebatan dan kemenangan United besok.

Barisan Kemungkinan:
De Gea
Evra
Ferdinand
Smalling
Evans
Cleverley
Carrick
Young
Welbeck
Van Persie
Hernandez

Ramalan Keputusan :
Manchester United 3-1 West Bromwich Albion
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR