We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, December 10, 2012

3 KEJAYAAN DALAM 1 PERLAWANAN

Van Persie menghadiahkan 3 mata buat United apabila berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

Manchester United membuktikan mereka adalah juara di Machester apabila berjaya menundukkan jiran mereka, Manchester City dengan keputusan 3-2 di Stadium Ettihad, semalam. Kekalahan itu juga telah meleburkan rekod tanpa kalah 15 perlawanan liga musim ini bagi City. United juga telah berjaya meleburkan rekod 38 perlawanan tanpa kalah City di stadium kebanggaan mereka itu.
Perlawanan semalam sungguh mendebarkan. Kedua-dua pasukan bersemangat untuk menang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari gol pembukaan. Gol pembukaan menjadi milik United  pada minit ke 15 apabila Rooney bijak memperdaya 2 pertahanan City sebelum merembat ke tepi gawang, menewaskan Hart yang hanya tergamam melihat bola menggegarkan gawangnya.

Gol kedua juga hasil rembatan Rooney yang menerima lintang dari Rafael yang membuat overlaping. Gol pada minit ke 29 itu kekal sehingga akhir separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, City memasukkan Tevez, menggantikan Balotelli yang kurang berkesan pada perlawanan tersebut. Kemasukan Tevez sememangnya memberi kesan kepada permainan City apabila Yaya Toure berjaya merapatkan jurang gol. Separuh masa kedua hampir menjadi milik City apabila kerap menyerang United. Nasib baik De Gea bijak menangkis semua serangan tersebut tetapi pada minit ke 86, De Gea dihukum dengan gol penyamaa Zabaleta.

Semasa dalam tempoh masa tambahan 4 minit, United dihadiahkan tendangan percuma di luar kotak penalti. Van Persie yang mengambil sepakan tersebut berjaya memberi gol kemenangan apabila bola sepakannya terkena benteng dan tidak mampu ditolak keluar oleh Hart.

Kemenangan semalam juga terpaksa dibayar dengan darah apabila dahi pertahanan kental United, Ferdinand berdarah terkena duit syiling yang dilempar oleh penyokong City yang berang dengan kekalahan pasukan mereka. Pastikan tindakan undang-undang akan dilakukan oleh FA England dan City pasti akan dihukum kerana perangai penyokongnya itu.

Perlawanan yang disaksikan oleh kedua-dua penyokong di seluruh dunia itu pastinya berpuashati dengan permainan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan tetapi kegembiraan pastinya milik penyokong United kerana kekal menjadi pendahulu liga dan menjarakkan mata dengan City kepada 6 mata.

Akhirnya United berjaya membalas dendam di atas kekalahan 1-0 pada perlawanan musim lalu. Kemenangan semalam juga amat bermakna kerana United telah mengalahkan kesemua kuasa besar bola sepak dalam liga perdana inggeris. Ini membuktikan semangat pemain dan corak permainan United semakin meningkat selepas 2 kekalahan mengejut kepada Norwich City dan juga Cluj dalam saingan Liga Juara-juara Eropah yang lalu.

Sekiranya kedudukan 6 mata ini berterusan, tidak mustahil piala Liga Perdana Inggeris akan menjadi milik United musim ini.

Senarai Kesebelasan Utama Dan Statistik Perlawanan

Klik untuk pembesaran

Untuk Highlight, tekan sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR