We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, December 9, 2012

SKUAD KELANTAN TELAH SEMPURNA


Dengan kehadiran lima pemain ini (dari kiri : Zairo, Faiz Subri. Haris Safwan, Lek Kcira dan Dimi Pertratos) maka lengkaplah Skuad Treble Kelantan Musim 2013.

Skuad The Red Warriors telah sempurna dengan kehadiran dua pemain import dan 3 pemain tempatan. Perkara ini telah disahkan oleh Tan Sri Anuar Musa.


KOTA BHARU – Juara treble 2012, Kelantan sudah melengkapkan senarai penuh pemain yang bakal membawa cabaran Liga Malaysia musim depan, termasuk tambahan dua pemain import sebaik pendaftaran pemain ditutup, Khamis lalu.

Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendaftarkan pertahanan kental dari Nigeria, Obinna Nwaneri dan penyerang muda Australia, Dimi Pertratos untuk beraksi dalam Liga Super, manakala Keita Mandjou yang berasal dari Guinea dan Lek Kcira dari Crotia akan digunakan ketika kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut sumber, ketua jurulatih, Bojan Hodak, lebih menggemari aksi yang dipamerkan oleh Pertratos bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Lebanon, Muhammad Ghaddar biarpun Mandjou telah menyertai Kelantan sejak Jun, tahun lalu.

“Petratos baru saja menyertai kem kita pada Isnin lalu tetapi aksinya lebih memikat jurulatih.

“Kita memerlukan pemain muda kerana cabaran Liga Super musim depan cukup sengit. Untuk itu, kita perlu pemain yang mempunyai tahap kecergasan tinggi dan konsisten.

“Pertratos lebih bertenaga untuk mengepalai jentera penggempur The Red Warriors ketika kita dalam usaha untuk meremajakan pasukan.

“Bola sepak moden menuntut kecergasan pemain berada pada tahap maksimum,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pada majlis perarakan tiga piala yang dimenangi Kelantan di Rantau Panjang, semalam, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan, pihaknya telah mendaftarkan 25 pemain tempatan, dua import serta dua lagi pemain tambahan pada hari terakhir pendaftaran pemain.

Annuar bagaimanapun memberitahu, susunan nombor jersi belum lagi diputuskan oleh pihaknya kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi sedikit kelonggaran untuk tujuan tersebut kepada pasukan yang beraksi pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kita diberi kelonggaran sehingga 29 Disember ini untuk memutuskan barisan pemain import dan segala urusan berkaitan.”

Sumber : kelate.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR