We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, December 25, 2012

KELANTAN BERTEMU KEDAH UNTUK ULANGAN PERLAWANAN PERSAHABATAN


Tepat jam 8.30 malam ini, Kelantan FC akan turun menentang Kedah di Stadium Darul Aman. Perlawanan malam ini adalah perlawanan persahabatan kedua bagi kedua-dua pasukan ini. Sebelum ini, mereka telah bertemu di Kota Bharu dan perlawanan tersebut dimenangi Kelantan FC dengan keputusan 4-1.
Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan akan menurunkan pasukan terkuat mereka bagi mencapai kemenangan. Perlawanan malam ini juga amat penting bagi pasukan tuan rumah kerana mereka akan menguji kedua-dua pemain import yang telah ditandatangani. Kelantan FC pula pasti akan membuat eksperimen bagi mencari kesebelasan terbaik yang akan menjadi kesebelasan utama bagi musim 2013.

Kelantan FC hadir dengan semangat yang kuat setelah berjaya membelasah Pulau Pinang FC dengan keputusan 4-0. Kemenangan ini amat diperlukan untuk menguatkan motivasi pemain bagi meneruskan kecemerlangan dalam setiap perlawanan persahabatan yang ditempuhi.

Pastinya penonton ingin menyaksikan kelibat pemain-pemain import mempersembahkan corak permainan mereka. Kelantan FC pastinya menaruh harapan kepada Petratos, Kieta, Obinna dan Kcira bagi menguatkan pasukan manakala Kedah akan menurunkan dua import baru mereka iaitu Chayene Santos (Penyerang) dan Nelson San Martin (Pemain Tengah).

Penonton kedua-dua pasukan pasti akan memenuhi stadium pada malam ini dan tiket berharga RM 10 dan RM 12 astaka boleh didapati di kaunter tiket.

Semoga Kelantan FC berjaya menewaskan Kedah di laman mereka sendiri pada malam ini.

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR