We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, December 3, 2012

SELAMAT TINGGAL THE LEBANESE MAN


Penyerang sensasi Kelantan, Mohammed Ghaddar telah meninggalkan Kelantan untuk musim hadapan setelah semusim bersama The Red Warriors.
Pernah digelar Ronaldo Malaysia, Ghaddar sememangnya penyerang yang berbisa kerana dia mempunyai kualiti seorang penyerang. Memiliki skill, kepantasan dan mampu menjaringkan gol dalam apa jua keadaan. Setiap peminat asyik menyaksi dia bermain di padang.

Selama bersama Kelantan, Ghaddar telah menjaringkan 21 gol bersama Kelantan. Kenangan paling manis beliau bersama Kelantan ialah ketika beliau menjaringkan gol menewaskan Selangor untuk membawa Kelantan ke perlawanan Akhir Piala Malaysia musim ini tetapi sayangnya dia tidak dapat beraksi kerana mengumpul 2 kad kuning. Beliau juga adalah penjaring gol kemenangan ketika Kelantan menjulang Piala FA buat kali pertama. Beliau menjaringkan penalti bagi mengalahkan Sime Darby FC dengan keputusan 1-0 untuk bergelar juara baru Piala FA.

Inilah gol yang menjadikan Kelantan juara baru Piala FA.

Ghaddar terpaksa berpisah dengan Kelantan kerana dikhabarkan Ghaddar meminta kenaikan gaji yang agak tinggi dan pihak Kafa tidak mampu menunaikan permintaan beliau itu.

Peminat pastinya akan merindui kelibat beliau yang sentiasa menunjukkan skill permainan yang menarik ketika beraksi di padang.

Sama- sama kita doakan kejayaan beliau bersama kelab baru dan terima kasih kerana sudi bermain bersama Kelantan FA.

Mari kita lihat profil Ghaddar untuk tatapan semua.


Nama Penuh : Mohammed Mahmoud Ghaddar
Tarikh Lahir : 1 Januari 1984 (28 tahun)
Tempat Lahir : Lebanon
Tinggi : 1.81 m (5 ft 11 in)
Posisi: Penyerang
Kerier Remaja
1998–2000 Nejmeh

Kerier Senior*
Tahun        Pasukan Tampil† (Gol)†
2000–2009 Nejmeh   120          (45)
2009–2010 Al-Shabab           (5)
2010–2011 Al-Ahly      4           (2)
2010–2011 Tishreen SC  44           (25)
2011                 Al-Jaish     28           (22)
2012-2012   Kelantan FA  32           (21)

Pasukan Kebangsaan
1999–2001 Lebanon U-20 12   (8)
2001–2004 Lebanon U-23 36  (17)
2005–         Lebanon         23  (14)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR