We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, December 11, 2012

AKMAL RIZAL AKAN KEMBALI KE KOTA BHARU


Desas-desus mengatakan Akmal Rizal akan kembali ke Kelantan FC adalah benar. Khabar angin itu semakin kuat dan pengesahan akan terdedah malam ini.


Tempat : Stadium Muhammad Ke VI
Jam : 8.40 malam
Tarikh : 12/12/2012
Tiada siaran langsung. Hanya di Stadium

Itu lah realitinya apabila Akmal Rizal memang akan kembali ke Kota Bharu tetapi sebagai penyerang Kedah bagi musim 2013. Akmal yang berpindah dari Perak akan menguatkan bahagian serangan Kedah pada perlawanan persahabatan Pra Musim 2013 Kelantan FC di Stadium Muhammad Ke VI.

Sebelum ini, Kelantan FC telah mengadakan perlawanan dengan satu lagi wakil Utara, Perlis di stadium yang sama. Dalam perlawanan tersebut, Kelantan FC membelasah Perlis 5 gol tanpa balas. Adakah Kelantan FC mampu mengulangi keputusan tersebut? Kita sama-sama saksikan perlawanan persahabatan tersebut malam ini di stadium.

Perlawanan menentang Perlis juga telah menyaksikan satu sejarah menarik dalam arena bola sepak Kelantan apabila penyokong setia Kelantan FC memenuhi stadium walaupun itu adalah perlawanan persahabatan sahaja. Malam ini, penyokong sekali lagi akan memenuhi stadium bagi menyaksikan kehebatan pemain-pemain Kelantan FC menentang pasukan Kenari.

Walaupun perlawanan persahabatan, penyokong amat mengharapkan kemenangan bagi mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan FC di stadium keramat itu.

Semoga Kelantan FC berjaya mengalahkan Kedah pada malam ini.

Barisan Kemungkinan malam ini :

Sharizan
Nwaneri
Daudsu
Zairul Fitri
Farisham
Piya
Zairo
Faiz
Farhan
Petratos
Haris Safwan

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR