We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, June 15, 2010

PEMAIN M.U DI PIALA DUNIA

selamat berjumpa kembali dalam kejohanan berprestij bola sepak iaitu kejohanan piala dunia yang dianjurkan oleh negara afrika selatan..bermula pada 11 jun yang lalu,banyak perlawanan telah diadakan dan setiap pemain telah menunjukkan kemahiran dan kemampuan masing-masing bagi memburu kejayaan di piala dunia 2010 ini.


ketika ini juga peminat-peminat kelab epl seperti m.u dan chelsea semestinya menantikan kelibat pemain-pemain mereka yang akan mewakili negara masing-masing bagi memburu kejayaan yang paling bermakna bagi seseorang pemain bola sepak.

antara pemain m.u yang menjadi tumpuan pada kejohanan kali ini ialah park ji sung yang telah mengahadiahkan 1 gol untuk negaranya bagi mengalahkan greece 2-0 manakala evra pula gagal membantu pasukan untuk mengatasi lawannya yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

tetapi seorang bekas pemain m.u telah meletakkan namanya sebagai penjaring tunggal untuk pasukan argentina..dia ialah bekas pertahanan kiri m.u, gabriel hinze menanduk masuk bola hantaran veron dari sepasakan sudut panelti. sementara itu, semalam cristiano ronaldo gagal melonjakkan namanya pada perlawanan menentang ivory coast apabila tendangannya dari jarak 25 meter hanya menggegarkan tiang gol..

sesungguhnya piala dunia kali ini pasti akan manghadirkan suasana meriah di afrika selatan dan pelbagai kemahiran mengawal bola akan dipamerkan maka sama2 la kita saksikan kehebatan piala dunia ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR